Tiada jawatan menanti Rafidah dalam Bersatu - Tun Mahathir

Hilmi Malik
November 9, 2018 11:13 MYT
Tun Mahathir berkata, setakat ini tiada lagi jawatan untuk diberikan kepada Rafidah (gambar) dan hanya menjadi ahli biasa sekiranya beliau bersama parti itu.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa mengalu-alukan hasrat bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz untuk menyertai parti itu.
"Kita memang mengalu-alukan beliau untuk turut serta bersama Bersatu, lagi pun kita sudah pernah bekerjasama dalam satu tempoh yang panjang," katanya ketika ditemui selepas berucap di Forum Ekonomi China Sedunia di sini, hari ini.
Mengulas mengenai kedudukan Tan Sri Rafidah, setakat ini tiada lagi jawatan untuk diberikan kepada beliau dan hanya menjadi ahli biasa sekiranya beliau bersama parti itu.
BACA: Tidak salah Rafidah kritik PH - Anwar
BACA: Hentikan 'ketuanan bangsa' - Rafidah Aziz
BACA: BERSATU alu-alukan kemasukan 'wanita besi' ke dalam parti - Mukhriz
Terdahulu, pemimpin veteran yang pernah menyandang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, beliau sudah menyampaikan hasratnya kepada Tun Dr Mahathir untuk turut serta dalam parti itu.
#Bersatu #Mahathir Mohamad #Parti Pribumi Bersatu #Rafidah Aziz #UMNO