awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kakitangan tabika, taska Kemas di Kubang Pasu terlibat dalam Kluster Sivagangga

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
29/07/2020
11:05 MYT
Tiada kakitangan tabika, taska Kemas di Kubang Pasu terlibat dalam Kluster Sivagangga
Antara tabika yang dipercayai mempunyai rekod kontak rapat dengan kluster berkenaan adalah Tabika Kemas Kampung Natoi, Tabika Pekan Jitra, Tabika Kampung Bemban dan Tabika Kampung Tebing. - Gambar hiasan
Tiada kakitangan taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang terlibat dalam Kluster Sivagangga sehingga kini.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat, Datuk Mohamad Yasid Bidin mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, penangguhan operasi 73 tabika dan tiga taska di parlimen Kubang Pasu yang diumumkan Pengarah Kemas Negeri, Noor Azman Abd Rahman sebelum ini mendapat kebenaran daripada Pejabat Kesihatan Daerah sebagai langkah awal pencegahan penularan COVID-19.
“Tindakan ini diambil berdasarkan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini.
“Tindakan yang sama akan diambil terhadap mana-mana premis Jabatan Kemajuan Masyarakat sekiranya dikesan berlakunya penularan pandemik di kawasan terbabit,” katanya.
BACA: 73 tabika, tiga taska Kemas di Kubang Pasu ditutup susulan kluster Sivagangga
Beliau turut memberi jaminan proses nyahkuman di semua premis yang terlibat akan dilakukan segera.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat kluster baharu dikenal pasti di Kedah iaitu kluster Sivagangga yang melibatkan seorang pemilik kedai makan, seorang ahli keluarganya dan empat pekerja kedai.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kemas
#Kementerian Kesihatan
#Kluster Sivagangga
#Kubang Pasu
#SOP
#TABIKA
#taska
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan