awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kawalan harga sementara telur dan ayam, pastikan keterjaminan bekalan di pasaran - Chan

Bernama
Bernama
14/10/2023
11:22 MYT
Tiada kawalan harga sementara telur dan ayam, pastikan keterjaminan bekalan di pasaran - Chan
Memandangkan trend semasa menunjukkan bekalan ayam dan telur telah kembali stabil dan harga pasaran semasa kini adalah lebih rendah, kawalan harga siling sebenarnya tidak lagi relevan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk tidak melaksanakan lagi kawalan harga sementara bagi telur dan ayam adalah bagi memastikan pasaran tempatan boleh berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan bahan makanan itu di pasaran.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata memandangkan trend semasa menunjukkan bekalan ayam dan telur telah kembali stabil dan harga pasaran semasa kini adalah lebih rendah, kawalan harga siling sebenarnya tidak lagi relevan.
"Perlu tahu, pengeluaran telur dan ayam di Malaysia sebenarnya telah lama mencapai tahap sara diri (SSL) namun menghadapi sedikit gangguan rantai bekalan pada penghujung tahun lepas.
"Menerusi beberapa langkah intervensi kerajaan, sektor penternakan ayam daging dan ayam telur telah kian kembali normal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengumuman itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen selepas dua tahun kawalan harga sementara bagi telur dan ayam itu dilaksanakan.
Chan berkata sejak Februari 2022, kerajaan telah menanggung RM3.8 bilion hanya untuk subsidi telur dan ayam.
Beliau berpandangan sektor pertanian adalah bersifat komersial yang perlu dikembangkan secara berterusan dan berfungsi mengikut kuasa pasaran.
Beliau juga yakin dengan pelepasan kawalan harga sementara itu, sektor penternakan ayam daging dan ayam telur akan maju berkembang, bukan sahaja membekalkan sumber protein yang sihat dan cukup kepada negara, tetapi juga ke pasaran luar.
"KPKM turut akan terus melibat urus dengan pemain industri terutamanya Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) bagi membincangkan langkah-langkah penurunan sederhana (soft-landing) sebelum harga ayam dan telur diapungkan. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian," katanya.
Chan berkata peruntukan subsidi terutama dalam sektor agromakanan sememangnya perlu dirasionalkan supaya petani, pesawah, penternak dan nelayan meraih manfaat daripada perkembangan ekonomi pertanian secara komersial, selain peruntukan itu dapat disampaikan kepada kumpulan tersasar secara efisien.
"Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Belanjawan 2024 telah membuktikan keazaman Kerajaan Perpaduan mengukuhkan ekosistem makanan tempatan bagi meningkatkan hubungan pasaran bagi para pengeluar seperti petani, penternak dan nelayan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalanm telur
#Ayam
#pasaran
#harga siling
#chan foong hin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan