Projek perumahan mampu milik kerajaan negeri Pulau Pinang, The Rise di Jalan S.P Chelliah di sini, tidak mempunyai sebarang kecacatan pada struktur bangunan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perbandaran dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Jagdeep Singh Deo.
Beliau berkata orang ramai terutamanya pembeli rumah tersebut tidak perlu risau kerana pangsapuri itu telah memperoleh Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC).
"Untuk makluman semua, projek ini merangkumi tiga blok iaitu satu blok rumah mampu milik dan dua blok rumah kos sederhana rendah. Daripada 2,093 unit ketiga-tiga blok itu, CCC telah diperolehi untuk blok rumah mampu milik yang merangkumi 1,048 unit.
"Segelintir orang akan bertanya macam mana sijil CCC boleh dikeluarkan jika ada kecacatan pada struktur bangunan tersebut. Untuk mendapatkan CCC, kita memerlukan kelulusan daripada pelbagai agensi yang telah pun memberi kelulusan yang menunjukkan secara fizikal, tiada kecatatan struktur yang berlaku. Ia telah melalui proses yang sangat ketat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang mendakwa terdapat sebilangan pembeli rumah mampu milik pangsapuri itu yang tidak berpuas hati dengan kecacatan dan kerosakan pada unit rumah berkenaan.
Mereka berpendapat harga rumah yang telah dibeli dalam lingkungan harga dari RM200,000 sehingga RM300,000 dianggap sebagai tidak munasabah dengan kecacatan yang terdapat pada rumah berkenaan.
Jagdeep turut mengesahkan pihaknya melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan pihak pemaju, Zubicon Sdn Bhd telah menerima kira-kira 500 aduan daripada pembeli unit-unit rumah tersebut.
Katanya sebagai wakil kerajaan negeri, beliau mahu memastikan semua kecacatan di dalam unit-unit rumah itu dibaik pulih dan aduan-aduan yang dibuat pembeli akan diambil sebagai perhatian yang serius.
"Daripada laporan yang saya terima daripada PDC, kecacatan dalam unit rumah itu ialah kecacatan kerja-kerja akhir. Di bawah perjanjian jual beli (SPA), terdapat tempoh masa kecacatan (DLP) (yang merupakan) satu tempoh masa sekiranya ada apa-apa kecacatan dalam unit rumah yang memerlukan pihak pemaju membaik pulih.
"Saya telah arahkan pihak pemaju untuk membaik pulih secepat mungkin. Daripada penerimaan aduan, di dalam tempoh 30 hari ia perlu dibaik pulih. Jadi saya nasihatkan pembeli mengajukan aduan mereka secara rasmi menerusi surat," kata Jagdeep.
Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar Teh Lai Heng, serta wakil-wakil daripada PDC dan Zubicon Sdn Bhd.
Sementara itu, Jagdeep memaklumkan bahawa Rumah Ibadat Sikh Wadda Gurdwara di Jalan Gurdwara yang berusia 118 tahun, ditutup sementara akibat ketidakstabilan struktur bangunan dan lokasi sementara telah dibuka memandangkan bangunan lama tersebut perlu melalui proses baik pulih.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 06 2019
Jagdeep turut mengesahkan pihaknya melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan pihak pemaju, Zubicon Sdn Bhd telah menerima kira-kira 500 aduan daripada pembeli unit-unit rumah tersebut.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
SPRM sahkan tahan MB Perlis
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
Tiada kecacatan pada struktur pangsapuri The Rise
Orang ramai terutamanya pembeli rumah tersebut tidak perlu risau kerana pangsapuri itu telah memperoleh Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC).