awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keistimewaan, tajaan biasiswa Petronas ikut merit - Timbalan Menteri

Astro Awani
Astro Awani
24/08/2020
04:51 MYT
Tiada keistimewaan, tajaan biasiswa Petronas ikut merit - Timbalan Menteri
Arthur Joseph Kurup berkata, tiada kelebihan termasuk kuota istimewa diperuntukan kepada Sabah dan Sarawak.
Bantuan penajaan pendidikan daripada Petronas diberikan kepada mereka yang layak dari segi merit dan tiada kelebihan termasuk kuota istimewa diperuntukan kepada Sabah dan Sarawak, walaupun negeri itu pengeluar minyak utama negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Arthur Joseph Kurup berkata, walaupun begitu, syarikat pengeluar minyak negara itu memberi pelbagai bantuan lain dari segi kemudahan infrastruktur untuk pembangunan pendidikan bagi mengurangkan jurang perbezaan infrastruktur antara kedua-dua negeri itu dengan negeri di Semenanjung.
Beliau mengakui infrastuktur di Sabah belum boleh dibandingkan dengan infrastruktur di Semenanjung Malaysia.
"Maka dengan itu, Petronas mempunyai pelbagai program seperti membina Maktab Rendah Sains Mara, di Ranau, asrama harian luar bandar.
"Bagi menjawab soalan kedua, sebenarnya tidak ada perbezaan dari segi pemohon daripada Semenajung dengan Sabah dan Sarawak. Untuk maklumat ini sahaja, Petronas telah menerima kira-kira 10,000 permohonan dan hanya ada kurang 400 tajaan sahaja, bermakna hanya pelajar yang terbaik sahaja boleh menerima tajaan ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Awang Husaini Sahari (PKR-Putatan), mengenai kelebihan kepada pelajar Sabah dan Sarawak untuk tajaan pendidikan pengajian Tinggi Petronas memandangkan infrastruktur pendidikan di kedua-dua negeri itu masih katinggalan dan ia boleh mempengaruhi mutu pendidikan.
Dalam pada itu, Arthur berkata, mengikut Program Penajaan Pendidikan Petronas yang diwujudkan sejak tahun 1975 telah memberi manfaat kepada lebih 36,000 pelajar melibatkan perbelanjaan melebihi RM3 bilion.
Katanya, sejak tahun 2010, secara keseluruhannya seramai 3,426 pelajar telah menerima tajaan di bawah program berkenaan melibatkan kos sebanyak RM874 juta.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 17 peratus atau 575 adalah pelajar dari Sabah dan Sarawak, dengan kos tajaan melebihi RM100 juta," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#merit
#Parlimen
#Petronas
#Sabah
#Sarawak
#Semenanjung Malaysia
#Tajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan