awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kejadian culik, ambil organ manusia di Johor - Polis

Bernama
Bernama
11/12/2022
11:11 MYT
Tiada kejadian culik, ambil organ manusia di Johor - Polis
Polis Daerah Johor Bahru Selatan menafikan dakwaan berlakunya kejadian penculikan, mengambil dan menjual organ manusia kepada pihak hospital di Johor, Oktober lepas. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) hari ini menafikan dakwaan berlakunya kejadian penculikan, mengambil dan menjual organ manusia kepada pihak hospital di Johor, Oktober lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata satu laporan polis diterima kira-kira 12.27 tengah malam tadi berhubung satu hantaran video berunsur fitnah yang dimuat naik menerusi satu akaun media sosial.
"Kenyataan itu adalah palsu dan berunsur fitnah dan kita tidak menerima sebarang laporan berhubung penculikan dan penjualan organ seperti didakwa dalam hantaran tersebut.
"Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dan tidak menyebarkan sebarang kenyataan yang tidak pasti kesahihannya," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook Polis Daerah JBS, hari ini.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 11 saat menerusi platform TikTok yang mendakwa terdapat kejadian penculikan, mengambil dan menjual organ manusia di hospital di Johor, sejak awal Oktober.
Raub berkata kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000, setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, kesalahan juga boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Daerah Johor Bahru Selatan
#kes culik
#jual organ manusia
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan