Tiada kejadian 'mass psychogenic hysteria' dikesan dalam kes gangguan kesihatan yang dialami pelajar sekolah di kawasan Pasir Gudang, susulan kes pencemaran udara di kawasan itu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata ini berdasarkan sejarah pendedahan, gejala, taburan sekolah dan penilaian psikososial terhadap 470 pelajar yang terlibat.
"Mereka telah diberi intervensi psikososial dan daripada jumlah itu, seramai 231 dikesan mengalami gejala keresahan (anxiety) namun daripada jumlah itu pula, hanya 22 pelajar daripada 11 sekolah dirujuk kepada pakar (pakar perubatan keluarga / pakar psikiatri) bagi rawatan lanjut," katanya.
Beliau berkata secara kumulatif sehingga 5 petang semalam, seramai 723 orang awam, termasuk kanak-kanak menerima khidmat bantuan awal psikososial (PFA)) daripada Pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial.
Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar didapati menunjukkan gejala susah bernafas dan rasa loya serta mereka berasa takut dan risau akan mengalami perkara yang sama seperti yang pernah dialami dahulu, katanya.
"Gejala yang dialami oleh pelajar-pelajar ini dianggap reaksi normal oleh mereka yang telah melalui pengalaman trauma. Mereka dapat ditenangkan dengan baik oleh anggota kesihatan yang bertugas," katanya.
Jabatan Kesihatan Negeri Johor, kata beliau, masih melakukan pemantauan di kawasan itu dan orang ramai dinasihat agar mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala sesak nafas, loya, muntah, pening, skit kepala, kekejangan otot dan lemah badan.
PFA yang dibentuk oleh kementerian itu juga masih meneruskan perkhidmatan sokongan psikologi di kawasan yang terjejas.
Sehingga semalam, kes kejadian sesak nafas di pasir Gudang sebanyak 1,138 orang iaitu 1,093 orang menerima rawatan sebagai pesakit luar dan 45 orang dimasukkan ke wad.
Tiada kes baharu dilaporkan setakat 5 petang semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2019
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata ini berdasarkan sejarah pendedahan, gejala, taburan sekolah dan penilaian psikososial terhadap 470 pelajar yang terlibat. - Gambar fail/BERNAMA
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
Tiada kejadian 'mass psychogenic hysteria' dikesan di Pasir Gudang - Dr Dzulkefly
Tiada kejadian 'mass psychogenic hysteria' dikesan dalam kes gangguan kesihatan yang dialami pelajar sekolah di kawasan Pasir Gudang, susulan kes pencemaran udara di kawasan itu.