awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kelibat pihak berkuasa, suasana di Menara Ilham seperti biasa

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
22/12/2023
02:00 MYT
Tiada kelibat pihak berkuasa, suasana di Menara Ilham seperti biasa
Kakitangan yang bekerja di bangunan Menara Ilham dilihat memasuki premis tersebut seperti biasa pagi ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Suasana di perkarangan Menara Ilham di Jalan Binjai di sini tidak menunjukkan sebarang pergerakan signifikan oleh mana-mana individu, pihak berkuasa atau pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tinjauan Astro AWANI pada pagi ini mendapati, kakitangan yang bekerja di bangunan setinggi 60 tingkat milik keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin itu memasuki premis seperti biasa.
Malah, berdasarkan pemerhatian, tiada sebarang notis penyitaan bangunan ditampal di premis tersebut.
Semalam, SPRM mengesahkan menyita bangunan itu pada Isnin lepas.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Astro AWANI semalam berkata, pihaknya masih dalam proses siasatan termasuk berkait harta Daim.
Sebelum ini, media melaporkan satu notis penyitaan harta tak alih bertarikh 18 Dis 2023 dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib.
Notis itu dikeluarkan di bawah Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009 [Akta 694] dan Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
Sementara itu, media memetik sumber rapat dengan Daim sebagai berkata, tindakan penyitaan itu dibuat selepas beliau enggan mematuhi arahan SPRM untuk mengisytiharkan pegangan kewangan miliknya.
[TERKINI] Siasatan SPRM | Perkembangan terkini dari Menara Ilham
Menurut laporan Bernama, tindakan menyita bangunan dipercayai berkaitan kes penyelewengan dana negara berjumlah lebih RM2.3 bilion membabitkan seorang tokoh korporat dan bekas menteri kanan.
Pada Mei lepas, SPRM dilaporkan sedang menyiasat seorang tokoh korporat berhubung kes penyelewengan dana negara bernilai lebih RM2.3 bilion.
Siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen sulit oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.
Siasatan itu dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Topic Berkaitan
#Menara Ilham
#SPRM
#Azam Baki
#Daim Zainuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan