Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata kerajaan tidak akan menaikkan tarif elektrik dalam usahanya memacu agenda kecekapan tenaga.
Sehubungan itu katanya sebarang gesaan melibatkan kenaikan tarif atas alasan mendorong rakyat mengurangkan penggunaan elektrik tidak akan diterima.
"Setiap kali saya berjumpa pemain industri tenaga, mereka akan mengusulkan kenaikan tarif atau laksanakan kos reflektif (kadar berdasarkan kos sebenar)... tetapi ada masanya anda harus lihat dari perspektif kerajaan yang sedar ramai yang tidak mampu menanggung kos hidup.
"Justeru, cadangan itu tidak begitu berkesan kerana walaupun mungkin ada sesetengah yang menerima manfaat, pada masa sama cara tersebut menyusahkan lebih ramai lagi golongan berpendapatan rendah.
"Saya tidak kata tidak akan ada kenaikan kerana keadaan bergantung pada harga minyak dunia dan kita sememangnya sangat bergantung pada bahan api fosil ini, namun kita tidak akan menyusahkan rakyat hanya kerana mahu memacu agenda hijau," katanya pada sesi town hall mengenai kecekapan tenaga, di sini hari ini.
Pada sidang media kemudian, Yeo yang ditanya sama ada kerajaan akan memperkenalkan cukai karbon bagi mengawal pelepasan karbon, berkata perkara itu tiada dalam perancangan kementerian.
"... sebenarnya ada banyak lagi yang boleh kita lakukan berhubung perubahan iklim seperti menukar campuran (bahan api) penjanaan elektrik kepada tenaga boleh diperbaharui bagi membolehkan kita mengurangkan keamatan karbon sebanyak 49 peratus menjelang 2030." katanya.
Pada acara itu Yeo turut melancarkan Pelabelan Keamatan Tenaga Bangunan Kebangsaan bagi Bangunan Kerajaan, satu program yang bertujuan mengoptimumkan tahap penggunaan tenaga bangunan kerajaan di negara ini dan mengurangkan bil utiliti kerajaan.
"Label ini yang dilekatkan pada bangunan, menerangkan serta berkonsi maklumat tentang penggunaan tenaga bangunan dan label ini mengandungi penarafan bintang dengan satu bintang sebagai paling tidak cekap dan lima bintang paling cekap," katanya.
Beliau berkata program akan dilaksana secara berperingkat melibatkan beberapa fasa dengan fasa pertama dijadualkan penghujung tahun ini membabitkan 50 bangunan pelbagai kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 20 2018
Yeo Bee Yin berkata sebarang gesaan melibatkan kenaikan tarif atas alasan mendorong rakyat mengurangkan penggunaan elektrik tidak akan diterima. - Foto BERNAMA
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Isu gangguan bekalan air, elektrik di Labuan berkurangan - Dr Zaliha
Namun begitu, perlu ada penambahbaikan yang berterusan bagi memastikan penduduk Labuan terus menikmati kemudahan asas ini dengan lebih baik.
Penggunaan tenaga secara cekap kurangkan pembebasan gas rumah hijau - SEDA
Amalan penggunaan tenaga dengan cekap adalah paling utama untuk memastikan kelestarian alam.
Hanya empat hospital beroperasi pada tahap minimum di utara Gaza - WHO
Hospital Al-Ahli Arab kini beroperasi separuh daripada perkhidmatan sebelumnya berikutan kekurangan bahan api, kakitangan dan bekalan.
Subsidi negara dijangka cecah RM81 bilion tahun ini - PM Anwar
Subsidi dikeluarkan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 bilion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelaksanaan subsidi bersasar dorong pengguna beralih kepada tenaga suria
Seorang pengguna berkata bahawa dengan penggunaan tenaga suria, bil elektrik bukan lagi satu isu buatnya.
SESB berusaha bersama semua pihak selesai masalah elektrik Sabah - Pengerusi
Masalah bekalan eletrik di Sabah sangat besar dan mencabar, dan penyelesaiannya terletak di bahu banyak pihak.
Kelulusan dua RUU inisiatif terbaik atasi krisis elektrik di Sabah
Dengan perkembangan itu, kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu diserahkan kepada Sabah.
DUN Sabah: Enakmen bekalan tenaga elektrik dibentang sebelum hujung tahun ini
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Enakmen bekalan tenaga elektrik di Sabah akan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum hujung tahun ini.
Cuaca panas: Catuan bekalan elektrik di Sabah akibat permintaan tinggi
Catuan bekalan elektrik yang dilaksanakan di beberapa daerah secara bergilir-gilir bertujuan menstabilkan sistem grid elektrik negeri.
Polis rampas 36 mesin bitcoin, premis buat sambungan elektrik haram
Polis menyerbu sebuah premis di sekitar Sitiawan dekat sini semalam yang disyaki membuat penyambungan haram bekalan elektrik dan menjalankan aktiviti perlombongan mesin bitcoin.