Kerajaan hari ini mengumumkan tidak akan ada kenaikan tarif elektrik sehingga Jun 2015.
Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata keputusan itu bagi mengurangkan impak rasionalisasi subsidi kerajaan serta ketidaktentuan harga bahan api di peringkat global.
Katanya untuk itu, kerajaan akan menampung kos bahan api dan penjanaan berjumlah RM1.683 bilion melalui pelaksanaan beberapa mekanisme penjimatan.
"Kos ditampung menggunakan hasil penjimatan daripada rundingan semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA), Penjanaan Tenaga Bebas (IPP) Generasi Pertama dan mengekalkan harga gas berpaip yang dibekalkan oleh Petronas kepada sektor elektrik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Ongkili berkata kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia ditetapkan melalui sistem Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) melibatkan pelaksanaan mekanisme ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) yang diperkenal Januari lepas.
Mekanisme itu membolehkan kerajaan menyemak kadar tarif elektrik setiap enam bulan berdasarkan perubahan dalam harga tenaga dan penjanaan, katanya.
"Mekanisme ICPT mengambil kira perubahan harga gas berpaip, gas asli cecair, arang batu, 'medium fuel oil', 'distillate' dan kos penjanaan lain seperti kos berkaitan PPA, 'displaced cost' daripada Tenaga Boleh Diperbaharui dan kos pembelian tenaga elektrik daripada negara luar," jelasnya.
Justeru, Anggota Parlimen Kota Marudu itu menggesa rakyat supaya menggunakan tenaga elektrik secara berhemah serta mengurangkan pembaziran.
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan pihak utiliti supaya sentiasa berusaha untuk menyediakan bekalan elektrik yang efisien, mencukupi, berdaya harap dan kos efektif demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
Bernama
Wed Nov 05 2014
MAXIMUS: Kerajaan akan menampung kos bahan api dan penjanaan berjumlah RM1.683 bilion melalui pelaksanaan beberapa mekanisme penjimatan.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Isu gangguan bekalan air, elektrik di Labuan berkurangan - Dr Zaliha
Namun begitu, perlu ada penambahbaikan yang berterusan bagi memastikan penduduk Labuan terus menikmati kemudahan asas ini dengan lebih baik.
Penggunaan tenaga secara cekap kurangkan pembebasan gas rumah hijau - SEDA
Amalan penggunaan tenaga dengan cekap adalah paling utama untuk memastikan kelestarian alam.
Hanya empat hospital beroperasi pada tahap minimum di utara Gaza - WHO
Hospital Al-Ahli Arab kini beroperasi separuh daripada perkhidmatan sebelumnya berikutan kekurangan bahan api, kakitangan dan bekalan.
Subsidi negara dijangka cecah RM81 bilion tahun ini - PM Anwar
Subsidi dikeluarkan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 bilion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelaksanaan subsidi bersasar dorong pengguna beralih kepada tenaga suria
Seorang pengguna berkata bahawa dengan penggunaan tenaga suria, bil elektrik bukan lagi satu isu buatnya.
SESB berusaha bersama semua pihak selesai masalah elektrik Sabah - Pengerusi
Masalah bekalan eletrik di Sabah sangat besar dan mencabar, dan penyelesaiannya terletak di bahu banyak pihak.
Kelulusan dua RUU inisiatif terbaik atasi krisis elektrik di Sabah
Dengan perkembangan itu, kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu diserahkan kepada Sabah.
DUN Sabah: Enakmen bekalan tenaga elektrik dibentang sebelum hujung tahun ini
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Enakmen bekalan tenaga elektrik di Sabah akan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum hujung tahun ini.
Cuaca panas: Catuan bekalan elektrik di Sabah akibat permintaan tinggi
Catuan bekalan elektrik yang dilaksanakan di beberapa daerah secara bergilir-gilir bertujuan menstabilkan sistem grid elektrik negeri.
Polis rampas 36 mesin bitcoin, premis buat sambungan elektrik haram
Polis menyerbu sebuah premis di sekitar Sitiawan dekat sini semalam yang disyaki membuat penyambungan haram bekalan elektrik dan menjalankan aktiviti perlombongan mesin bitcoin.