PUTRAJAYA: Lebih 656,000 pengguna elektrik di Sabah dan Labuan tidak akan terlibat dengan kenaikan tarif bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2023 susulan pelaksanaan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT).
Suruhanjaya Tenaga (ST) menerusi kenyataan memaklumkan pengguna domestik dan bukan domestik yang dikecualikan daripada surcaj ICPT terdiri daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam kategori tarif komersial dan industri voltan rendah.
Sementara itu, pengguna bukan domestik di Sabah dan Labuan yang merangkumi kategori tarif voltan rendah, sederhana dan tinggi yang antaranya terdiri daripada komersial dan industri pula akan dikenakan surcaj ICPT secara penuh pada kadar 10.04 sen setiap kilowatt per jam (kWj).
"Kerajaan memperuntukkan subsidi RM212.20 juta sepanjang tempoh enam bulan itu bagi menampung kos penjanaan elektrik untuk memastikan tiada kenaikan tarif berlaku," menurut ST di sini semalam.
ST dalam kenyataan itu memaklumkan semakan ICPT dari 1 Julai hingga 31 Dis ini mendapati berlaku peningkatan dalam kos bahan api dan kos penjanaan elektrik dianggarkan sebanyak RM292.05 juta atau bersamaan dengan surcaj ICPT pada kadar 10.04 sen/kWj
Peningkatan kos itu berikutan kenaikan kos bahan api diesel dan medium fuel oil (MFO) yang merupakan sebahagian daripada bahan api penjanaan elektrik di Sabah dan Labuan selain gas asli yang berpunca antaranya daripada krisis tenaga global di luar kawalan kerajaan.
Dalam satu kenyataan berasingan, ST memaklumkan pengguna domestik di Kulim High Technology Park (KHTP) juga dikecualikan daripada kadar surcaj ICPT dan tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2023.
Sementara itu, surcaj ICPT sebanyak 8.19 sen/kWj dilepaskan sepenuhnya kepada pengguna bukan domestik.
Semakan ICPT dari 1 Julai hingga 31 Dis 2022 mendapati berlaku peningkatan lebih tinggi dalam kos bahan api dan kos penjanaan di KHTP iaitu sebanyak RM76.02 juta atau bersamaan dengan surcaj ICPT pada kadar 8.19 sen/kWj antaranya disebabkan kenaikan kos bahan api di pasaran global.
Orang ramai digalakkan mengamalkan penggunaan elektrik dengan bijak melalui penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga, memastikan suis ditutup apabila tidak digunakan serta melaksanakan penyelenggaraan terhadap peralatan elektrik secara berkala.
Menurut ST, usaha itu secara tidak langsung akan menggalakkan pengguna menyumbang kepada pengurangan jejak karbon negara selaras dengan Dasar Tenaga Negara 2022-2040.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2022

ST turut memaklumkan, pengguna domestik di Kulim High Technology Park juga dikecualikan daripada kadar surcaj ICPT dan tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2023.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.

Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain
Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.

Shahmalarani tekad pertahan emas di Kemboja
Pingat perak yang diraih di SEAKF ke-10 tidak melunturkan semangat C. Shahmalarani untuk mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA, Kemboja pada Mei ini.

Ujian tekanan buktikan institusi kewangan berdaya tahan walaupun di bawah simulasi kejutan teruk
BNM berkata keputusan ujian tekanan terus mengesahkan daya tahan institusi kewangan walaupun di bawah simulasi kejutan yang teruk.

CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.

Tiada kenaikan tarif enam bulan bagi 656,000 pengguna di Sabah, Labuan
Pengguna yang dikecualikan daripada surcaj ICPT terdiri daripada PMKS dalam kategori tarif komersial dan industri voltan rendah.