KUALA LUMPUR: Tiada keperluan bagi pemegang kad orang kurang upaya (OKU) yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memperbaharui kad setiap tahun bagi membolehkan mereka mendapat bantuan kewangan secara bulanan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata pembaharuan kad OKU hanya perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan kategori atau sub kategori OKU.
"Pemegang kad juga boleh membuat penukaran kad sekiranya ingin menukar alamat atau gambar terkini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Natrah Ismail (PH-Sekijang) mengenai isu pemegang kad OKU JKM yang perlu memperbaharui kad mereka setiap tahun.
Siti Zailah juga memaklumkan bahawa mengikut statistik sistem maklumat OKU, seramai 582,944 OKU berdaftar dengan JKM hingga 30 September lepas.
Beliau berkata secara keseluruhan dari 2018 hingga 13 Oktober lepas, sebanyak 163,647 permohonan pendaftaran OKU diterima dan 153,627 orang diluluskan permohonan mereka.
Setakat Ogos lepas, seramai 92,265 OKU yang bekerja dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah menerima Elaun Pekerja OKU sebanyak RM450 sebulan dengan kos keseluruhan RM329.6 juta manakala seramai 83,929 menerima Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja melibatkan kos RM202.5 juta.
"Selain itu, seramai 25,835 penjaga OKU atau pesakit terlantar menerima Bantuan Penjagaan OKU atau Bantuan Pesakit Kronik Terlantar (BPT) yang berjumlah RM106.8 juta iaitu hampir 35 peratus OKU yang berdaftar atau penjaganya menerima bantuan JKM dengan nilai RM638.9 juta hingga Ogos lepas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Siti Zailah juga memaklumkan bahawa mengikut statistik sistem maklumat OKU, seramai 582,944 OKU berdaftar dengan JKM hingga 30 September lepas. - Gambar fail
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU - JKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).
Warga emas alami kecacatan akibat penuaan, pembedahan layak terima bantuan JKM
Warga emas yang mengalami kecacatan dan tidak berkemampuan menyara hidup dinasihatkan tampil berdaftar dengan JKM bagi mendapatkan kad OKU.