Tiada keperluan untuk menukar atau mencabar kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.
Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian sambil menambah bahawa ahli parti wajar memberikan sokongan padu kepada Abdul Hadi kerana dengan kewibawaan serta kepercayaan dunia Islam terhadap kepimpinannya.
“Ada pandangan yang tidak setuju itu kita anggap perkara-perkara yang sentiasa berlaku dalam mana-mana parti pun. Cuma perkara yang kita tidak persetujui itu mungkin bersifat isu dan bukannya prinsip.
“Jadi kalau melibatkan isu, saya fikir kita boleh bincang dan kita boleh atasi. Isu ini perkara biasa yang sentiasa datang dan pergi. Orang politik hidup dengan isu,” ujarnya dalam sidang media sempena pengumuman program Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ketiga di Rusila, Marang.
Beliau yang bertindak sebagai pengerusi berkata, penyertaan parti politik serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam dari 41 buah negara pada ijtima’ berkenaan adalah bukti kewibawaan Abdul Hadi.
Selain itu, Tuan Ibrahim mahu memfokuskan dua elemen utama sebelum bertanding mana-mana jawatan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang bakal diadakan Jun depan.
Menurutnya, ia perlu berteraskan keperluan serta kemampuannya untuk menggalas amanah terhadap parti.
Walau tegas menolak pencalonan sebagai Presiden, namun Tuan Ibrahim bersedia menimbangkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS jika dicalonkan.
Ketika ini, jawatan Timbalan Presiden PAS disandang oleh Mohamad Sabu.
“Kali ini, saya nak kata apa pun saya bimbang, takut tiada pencalonan timbalan. Jadi takut nanti, (orang) kata lebih-lebih pula. Sikit lagi (masa) banyak pencalonan nanti yang datang.
“Tapi itulah, saya akan tengok macam mana. Saya akan istikharah,” ujar beliau.
Beliau yang pernah dicalonkan bertanding beberapa jawatan termasuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada Muktamar lalu memilih untuk memegang jawatan Naib Presiden.
Abdul Hadi tidak pernah dicabar sejak beliau mengambil alih kerusi Presiden daripada Datuk Fadzil Noor pada 2002.
Menurut Tuan Ibrahim, ijtima' yang diadakan memberikan tumpuan kepada penyatuan ummah di seluruh dunia termasuk masalah negara Palestin serta kebajikan umat Islam yang menjadi pelarian di beberapa negara.
Astro Awani
Thu Mar 12 2015
Tuan Ibrahim (gambar) berkata, penyertaan parti politik serta NGO Islam dari 41 buah negara pada ijtima berkenaan adalah bukti kewibawaan Abdul Hadi. - Gambar fail
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
[TERKINI] Tengku Zafrul akan umum kedudukan dalam masa terdekat
Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Tiada keperluan tukar Presiden PAS, kata Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli parti wajar sokong Abdul Hadi kerana kewibawaan serta kepercayaan dunia Islam terhadap kepimpinannya.