SHAH ALAM: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.
Bagaimanapun Saifuddin berkata beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu untuk dinilai pasukan Polis Diraja Malaysia, jika ada keperluan untuk berbuat demikian.
"Saya serahkan sepenuhnya kepada pasukan polis, mereka yang menilai keadaan. Pada saya tak nampak apa-apa keperluan (untuk dikenakan tindakan atas Akta Hasutan).
"Paling penting sesiapa pun boleh bagi pandangan, tapi jangan melampaui batas yang menyentuh perkara terkait dengan agama, kaum, dan institusi raja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media berkenaan gesaan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang mahu Dr Mahathir dikenakan tindakan Akta Hasutan berikutan kritikan mantan perdana menteri itu kepada kerajaan hari ini.
Namun Saifuddin berkata pihaknya mengikuti dengan dekat berkenaan hasrat Dr Mahathir untuk mengadakan perhimpunan dan diikuti dengan mengadakan proklamasi yang memberi gambaran bahawa kuasa politik dan ekonomi Melayu semakin lemah di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
"Saya percaya rakyat boleh lihat sendiri apakah munasabah dakwaan itu ketika Tun (Dr Mahathir) sendiri mempunyai peluang selama 22 tahun 22 bulan, terlalu banyak boleh dibuat kalau nak bela orang Melayu supaya tak berlaku perkara yang Tun bimbangkan.
"Jadi tidak munasabah kebimbangan itu berlaku dalam tempoh empat bulan ini," katanya.
Terdahulu, Saifuddin menghadiri Townhall Ikon Madani anjuran Yayasan Prihatin Nasional yang dihadiri kira-kira 2,000 pelajar dari Universiti Teknologi Mara dan Universiti Pertahanan Awam Nasional.
Menyentuh, mengenai jaminan kerajaan untuk menghapuskan peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang menyekat kebebasan mahasiswa, beliau berkata perkara itu akan diperhalusi dengan lebih lanjut.
"Namun saya ingatkan mereka tak boleh letakkan itu sebagai satu-satunya alasan untuk tidak aktif dalam menyuarakan masalah rakyat.. mereka boleh gunakan apa sahaja platform yang ada untuk mahasiswa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Bagaimanapun Saifuddin berkata beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu untuk dinilai pasukan Polis Diraja Malaysia, jika ada keperluan untuk berbuat demikian. - Foto BERNAMA/fail

Real Madrid buru khidmat Kane
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti telah menyenaraikan Kane sebagai pilihan utama selain turut menyasarkan pemain Chelsea, Kai Havertz.

Kereta klasik Beetle, van Kombi Volkswagen kini koleksi berharga
Kereta jenis Beetle dan van Kombi daripada pengeluar kereta utama Jerman, Volkswagen itu kini menjadi koleksi berharga.

Kes selesema melonjak di Australia
Kes influenza di Australia melonjak lebih 40 peratus dalam tempoh dua minggu ketika negara itu menghampiri musim sejuk.

Tiga kereta di bahu jalan musnah terbakar
Kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Iktiraf Presiden PBM: Zuraida gagal dapat kebenaran mahkamah
Zuraida Kamaruddin gagal mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi supaya RoS mengiktirafnya sebagai Presiden PBM.

PBB kutuk Israel bunuh kanak-kanak Palestin
PBB menggesa pihak berkuasa Israel supaya mengambil tindakan ke atas "mereka yang bertanggungjawab".

Simone Inzaghi label Man City 'pasukan terkuat dunia'
Anak buah Pep Guardiola menjadi pilihan utama untuk melengkapkan treble sama yang dimenangi oleh Manchester United pada 1999.

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di Mukah
Warga emas berusia dalam lingkungan 80-an dan belum dikenal pasti identitinya itu dijumpai di bawah runtuhan rumah.

Cuaca panas: Suku Semaq Beri ikut adat kembali ke hutan
Sudah menjadi kelaziman bagi mereka meninggalkan kediaman masing-masing di Kampung Sungai Berua dan berpindah ke dalam hutan.

Pulau Pinang milik Kedah: PM sifatkan 'gelojoh kuasa', serah kepada Peguam Negara
Anwar menyerahkan siasatan terhadap kes tersebut kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan yang sesuai.

10 'warlord' UMNO sertai PN diumum sebelum PRN
Kata Razali, mereka yang terlibat adalah nama besar yang telah disisihkan UMNO.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

PRN: Noh mungkin sertai PN - Azmin
Mohamed Azmin berkata, pada masa ini Noh sering berada di pentas PN untuk memberi sokongan dan menarik sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Ahli UMNO perlu terbuka kehadiran Anwar ketika PAU 2023 - Ahmad Maslan
Akar umbi UMNO perlu berlapang dada menerima kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai tetamu kehormat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.

Pas ajak UMNO bersatu bawah payung kesatuan
Dewan Muslimat Pas mengajak UMNO untuk bersatu di bawah payung kesatuan Islam dan Melayu dengan meletakkan asas kesatuan demi perpaduan ummah.

PAU 2023: DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
Teo Nie Ching berkata, setiap sayap parti mempunyai pandangan, pendekatan dan kaedah berbeza yang perlu difahami setiap parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Isu air Kelantan, dakwaan Pulau Pinang milik Kedah jadi tumpuan PAU
Isu utama membabitkan negeri yang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi dijangka menjadi tumpuan ucapan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada minggu depan.

Bekas pemimpin UMNO dipecat tak minat sertai PAU
Bekas pemimpin UMNO dipecat itu mengakui tidak akan menghadiri sebarang aktiviti parti selagi ia diterajui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

PAU 2023: Asyraf Wajdi 'ajak' mereka yang dipecat datang baharui samping UMNO
Asyraf Wajdi secara berseloroh 'mengajak' mereka yang dipecat daripada parti itu untuk datang memperbaharui kain samping UMNO mereka pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.