Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mac 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mac 2026.
 

1) Amaran cuaca panas tahap dua di Padang Terap, Kedah

Advertisement

MetMalaysia memaklumkan terdapat 12 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) melibatkan Perlis dan Kedah.
 

2) Menteri Luar Iran hargai solidariti Asia Tenggara

Araghchi mengucapkan terima kasih kepada pemerintah serta masyarakat Muslim dan pencinta keadilan di Indonesia, Malaysia dan Brunei yang lantang mengecam tindakan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.
 

3) Moto3: Hakim Danish sambar petak ketiga GP Brazil

Pelumba  AEON Credit-MT Helmets-MSi itu merekodkan masa 1 minit 26.448 saat (s) pada sesi kelayakan dua (Q2) di Litar Autodromo Internacional de Goiania.
 

4) Subsidi kerajaan meningkat kepada RM3.2 bilion susulan kenaikan harga minyak dunia - PM Anwar

Subsidi kerajaan meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu, susulan kenaikan harga minyak dunia.
 

5) Sesak 20 kilometer di PLUS arah selatan akibat kemalangan 

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berdepan kesesakan trafik hampir dua jam susulan kemalangan di Kilometer (KM) 274.1 berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, kira-kira jam 9.30 pagi pada Ahad.


6) Malaysia perlu pendekatan 'non-partisan' tangani impak konflik Asia Barat - Ahmad Samsuri

Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, konflik berterusan itu mula memberi kesan langsung kepada ekonomi dunia, termasuk Malaysia.


7) Bekalan tenaga negara kekal stabil - Fadillah 

Kerajaan memberi jaminan bekalan tenaga negara kekal stabil meskipun berdepan ketidaktentuan global susulan konflik di Asia Barat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.


8) Isu cukai tanah: Chow akan sediakan laporan untuk Loke

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan menyediakan satu laporan untuk diserahkan kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengenai pelaksanaan kadar cukai tanah baharu yang berkuat kuasa pada 1 Jan lepas di negeri itu.


9) Titi roboh di Pulau Gaya, penduduk jatuh ke laut ketika beraya 

Titi kayu di sebuah perkampungan atas air di Pulau Gaya, dekat sini roboh, semalam menyebabkan beberapa penduduk yang sedang melakukan ziarah Aidilfitri di kampung itu terjatuh ke dalam laut.


10) Siasatan nahas masih berjalan, henti sebar spekulasi - Polis 

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata siasatan melibatkan pelbagai aspek termasuk keterangan saksi, analisis forensik dan penelitian teknikal di lokasi kejadian. 

 

Must Watch Video