awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keperluan untuk rendahkan penilaian gred SPM

Astro Awani
Astro Awani
07/06/2021
07:08 MYT
Tiada keperluan untuk rendahkan penilaian gred SPM
Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang menegaskan Lembaga Peperiksaan Malaysia mempunyai kaedah tersendiri dalam menentukan gred pelajar. - Foto: UKM.my
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk merendahkan penilaian gred dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meskipun pelajar Tingkatan Lima banyak melalui proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) pada tahun ini.
Pandangan itu disuarakan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang menegaskan Lembaga Peperiksaan Malaysia mempunyai kaedah tersendiri dalam menentukan gred pelajar.
Tambahnya, pelajar juga mempunyai kemudahan yang boleh dikatakan mencukupi termasuk buku teks, televisyen pendidikan dan input daripada guru meskipun tidak bersemuka.
BACA: PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun - Radzi
“Apa yang mereka dapat itu hampir menyamai apa yang dilaksanakan pada tahun-tahun sebelumnya melalui pembelajaran di bilik darjah.
“Pelajar kita telah bersedia jadi sama ada penggredan itu perlu dilakukan, ia terpulang kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia tapi dari segi persediaan pelajar untuk menjawab soalan, saya rasa tiada masalah besar.
“Mereka telah buat persediaan rapi sebelum peperiksaan,” katanya ketika bersiaran langsung di Buletin AWANI pada Isnin.
Dalam pada itu, ketika ditanya keperluan guru dikhaskan untuk mengajar pelajar Tingkatan Lima sahaja, beliau berasakan ada keperluan untuk melakukannya namun ia bergantung kepada sekolah masing-masing.
PdPR | Apa nasib pelajar SPM 2021?
“Kita dapati ada sekolah-sekolah yang bilangan guru agak terhad, cukup-cukup saja. Maknanya pelajar lain juga perlu diajar.
“Begitupun ada setengah sekolah ada guru mencukupi, mereka telah membahagikan guru tadi untuk beri tumpuan kepada pelajar yang akan mengambil SPM.
“Perancangan dibuat sekolah akan dapat bantu pelajar. Mungkin dengan lebih ramai guru-guru yang boleh adakan pembelajaran dari rumah beri peluang leih baik kepada pelajar kita,” ujarnya.
Kementerian Pendidikan pada Ahad mengumumkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan disambung lagi untuk tempoh 25 hari apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 13 Jun bagi kumpulan A dan Kumpulan B pada 14 Jun ini.
BACA: Setahun dilanda COVID-19, di mana laporan penilaian PdPR? - PAGE
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, ia akan berterusan hingga cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai ini.
Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B melibatkan negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Topic Berkaitan
#SPM
#Sijil Pelajaran Malaysia
#PdPR
#pendidikan
#Kementerian Pendidikan
#guru
#pelajar
#sekolah
#pengajaran dan pembelajaran
#bersemuka
#belajar di rumah
#rumah
#Alimuddin Mohd Dom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan