KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat kanan hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa tiada sebarang kerosakan berlaku pada mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.
ASP Rohaini Baharom daripada Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata ia berdasarkan dokumen yang diperoleh melalui e-mel daripada seorang ketua eksekutif bahagian sumber manusia syarikat penapis air itu pada 11 Nov 2021.
"Saya kemudian membuat siasatan lanjut daripada dokumen diterima daripada syarikat penapis air itu dan mendapati rekod penyelenggaran bagi tahun 2021 tidak menunjukkan sebarang kerosakan pada mesin penapis air yang didaftarkan atas nama Siti Bainun di kondominium di Wangsa Maju," katanya.
Saksi pendakwaan ke-20 itu berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes pengasas rumah kebajikan tersebut yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Susulan keterangan Rohaini itu, sekali gus menyanggah cadangan dibuat peguam Siti Bainun sebelum ini yang mendakwa Bella dipancut dan dicurah air panas adalah rekaan semata-mata kerana penapis air di rumah anak guamnya rosak sejak Mac 2021.
Pada prosiding sebelum ini, Yasmin Nahar Mohmood, 19, memberitahu mahkamah bahawa Siti Bainun menyuruhnya menyimbah air panas yang diambilnya daripada mesin penapis air ke atas Bella sebanyak tiga kali seminggu menggunakan cawan plastik yang tidak bertangkai berwarna kuning dan picagari.
Bagaimanapun pada prosiding terdahulu, Yasmin yang juga saksi pendakwaan kelima mengakui bahawa kecederaan melecur dialami Bella adalah disebabkan tumpahan air termos dan bukannya daripada mesin penapis air.
Kepada soalan peguam Siti Bainun, Nurul Hafidzah Hassan, mengenai dokumen penyelenggaran mesin penapis air itu tidak ditandatangani oleh Siti Bainun dan saksi itu menjawab tidak setuju.
Nurul Hafidzah: Maksudnya huruf M itu tandatangan Siti Bainun?
Rohaini: Saya tidak pasti.
Nurul Hafidzah: Jadi saya cadangkan apa-apa kesimpulan yang ASP buat berdasarkan e-mel ini tidak konklusif kerana ASP tidak tahu siapa tandatangan (dokumen) itu, setuju?
Rohaini: Tidak setuju.
Ditanya Nurul Hafidzah bagaimana saksi itu mengetahui siapa yang menandatangani dokumen tersebut dan Rohaini menjawab dia mengetahuinya berdasarkan pengesahan daripada juruteknik syarikat mesin penapis air itu.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2022
Siti Bainun menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi. - Gambar fail
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun
Berdasarkan jawapan OKT, jelas membuktikan kecederaan Bella bukan disebabkan insiden kemalangan terkena air panas.
Kes Bella: Siti Bainun ke Penjara Kajang jalani hukuman penjara 12 tahun
Bagi pertuduhan mengabai, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan menganiaya, hukuman penjara 12 tahun.
Siti Bainun didapati bersalah kes abai, aniaya Bella
Pembelaan tertuduh tidak dapat dipercayai atau diterima dan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Kes Bella: Siti Bainun nafi gaul cili beri makan pada Bella
Kata Siti Bainun, dakwaan saksi Suhana Zam tidak benar kerana dia tidak pernah mengambil peduli mengenai keadaan anak-anak jagaannya.
Kes Bella: Hakim berang tunggu Siti Bainun, peguam
Siti Bainun berada di luar mahkamah jawab panggilan ketika hakim sudah masuk untuk memulakan prosiding.
Kes Bella: Hakim nasihat pendakwaan, pembelaan bekerjasama kongsi maklumat
Pihak pendakwaan dan pembelaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda dinasihat berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kes termasuk penyelarasan saksi.
Mulut Bella disumbat kain, saksi takut beritahu polis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa mulut remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, disumbat dengan kain.
Che' Puan Khaleeda santuni Bella, rakan-rakan di Legoland
Dalam perkongsian di laman media sosial, Che' Puan Khaleeda dilihat mesra bersama Bella sambil berkongsi cerita dengannya.
Kes Bella: Selepas TMJ, Bantu-Bantu Malaysia pula cadang tujuh penambaikan elak kes berulang
Antara cadangan adalah penambahan kakitangan terutama di Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM dan tapisan terhadap Taska.
Siti Bainun mula marah, pukul selepas Bella tarik langsir - Saksi
Saksi berkata, sejak kejadian itu, Siti Bainun mula marah-marah dan memukul Bella, namun dia tidak mengetahui motif tertuduh mahu mendera Bella.