awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kes Kategori 4, 5 dalam kluster pendidikan buktikan vaksin berkesan - Khairy

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
03/02/2022
04:35 MYT
Tiada kes Kategori 4, 5 dalam kluster pendidikan buktikan vaksin berkesan - Khairy
Khairy menyapa seorang kanak kanak yang menerima vaksinasi pada majlis pelancaran PICKids di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur pada Khamis. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Daripada 160 kluster pendidikan yang dikesan di Malaysia, tiada satu pun kes kategorikan 4 atau 5, semuanya hanya berada dalam kategori 1, 2 dan 3.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sifar kes dalam kategori tersebut membuktikan vaksinasi berkesan dan membolehkan sekolah terus dibuka.
Tambah beliau, data daripada 1 Januari hingga 2 Februari 2022 pula menunjukkan hanya 14 sekolah ditutup dalam tempoh tersebut.
“Untuk kluster pendidikan, yang kita ada mengikut peringkat persekolahan daripada 1 Januari hingga 2 Februari, paling banyak adalah sekolah asrama di peringkat sekolah menengah, 108 kluster.
BACA: PICKids: 'Tiada paksaan, ibu bapa akan diberi maklumat keberkesanan' - Khairy
BACA: PICKids: KJ sahkan sudah daftar anak terima vaksin
“Yang lain tidak tinggi sangat. Sekolah menengah harian ada 12 kluster, sekolah rendah harian 13 kluster, sekolah pra sekolah 10 kluster, kolej berasrama 19 kluster, yang paling banyak sekolah menengah berasrama.
“Jumlah sekolah yang tutup akibat COVID-19, 14 sekolah sahaja. Maksudnya walaupun ada kluster, kita tetapi mengambil pendekatan penilaian risiko, kita tidak terus tutup. Kita akan pastikan bahawa kita membuat penilaian risiko terlebih dahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Inunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Tunku Azizah pada Khamis.
Tambah beliau, sekiranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat mengasingkan mereka yang positif, maka sekolah boleh terus beroperasi.
Tegasnya, penutupan sekolah adalah langkah terakhir yang akan diambil dalam membendung penularan virus tersebut.
Peperiksaan | Asingkan mereka yang tidak divaksin dari dewan SPM
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 26 Januari lepas berkata, kluster pendidikan terus membimbangkan.
Menurutnya, ia susulan laporan KKM terdapat 107 kluster melibatkan 4,633 kes positif COVID-19 direkodkan bagi tempoh 1 hingga 25 Januari.
Tambah beliau, peningkatan ketara itu dicatatkan selepas pembukaan sesi persekolahan tahun 2022 berbanding sesi persekolahan pada tahun sebelumnya.
Topic Berkaitan
#PICKids
#vaksin kanak-kanak
#Khairy Jamaluddin
#Kluster Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan