awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kes selesema burung H7N9 dikesan di negara ini

Bernama
Bernama
07/04/2013
00:26 MYT
Tiada kes selesema burung H7N9 dikesan di negara ini
Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada sebarang kes selesema burung (H7N9) dalam kalangan unggas dikesan berlaku di negara ini, berdasarkan hasil pemantauan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tiada bukti menunjukkan H7N9 boleh menular daripada manusia kepada manusia.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai mengelak daripada mengunjungi pasar menjual unggas hidup di negara yang terlibat dengan jangkitan avian influenza.
"Mereka yang pulang dari Shanghai, Anhui, Jiangsu dan Zhejiang, China dengan gejala pernafasan dinasihat memakai topeng muka dan segera mendapatkan rawatan perubatan, seterusnya memaklumkan sejarah perjalanan mereka kepada doktor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Orang ramai juga dinasihat tidak memegang unggas yang ditemui mati, mengamalkan kebersihan diri serta segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran jika mendapat gejala serupa influenza (ILI) terutama mereka yang terlibat dengan pengendalian unggas, katanya.
Noor Hisham juga mengingatkan penternak dan pengusaha ladang unggas agar mematuhi nasihat serta panduan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan melaporkan sebarang kejadian kluster ILI kepada pejabat kesihatan daerah terdekat.
Beliau berkata kementerian akan terus memantau perkembangan semasa melibatkan jangkitan virus itu, yang disahkan menular di China mulai 29 Mac lepas.
Sehingga 5 April, WHO mengesahkan 16 kes dengan enam kematian disebabkan H7N9 dilaporkan di Shanghai, Anhui, Jiangsu dan Zhejiang, China.
Bagaimanapun, katanya, WHO setakat ini tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan atau kenyataan berhubung larangan melawat ke China.
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
#H7N9
#Kementrian Kesihatan
#selesema burung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan