awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kes taun baharu di Selangor, pemantauan tetap diteruskan - Exco

Bernama
Bernama
22/11/2021
08:15 MYT
Tiada kes taun baharu di Selangor, pemantauan tetap diteruskan - Exco
Dr Siti Mariah Mahmud berkata hanya satu kes dilaporkan pada 21 Okt lepas dan pesakit tersebut kini telah sembuh sepenuhnya. - Gambar fail
SHAH ALAM: Tiada kes taun atau kolera baharu dilaporkan di Selangor setakat ini namun langkah pemantauan masih diteruskan dengan ujian segera dilakukan kepada pesakit yang mengalami cirit-birit, muntah dan demam bagi mengesan penyakit itu.
Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata hanya satu kes dilaporkan pada 21 Okt lepas dan pesakit tersebut kini telah sembuh sepenuhnya.
"Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah melakukan ujian pengesanan di semua lokasi yang terlibat dan semua ujian tersebut adalah negatif. Alhamdulillah, tiada kes tambahan dan kes kini kosong jadi kami tidaklah kata ia sebagai epidemik.
"Jadi insya-Allah, boleh (dikatakan Selangor bebas taun) namun kami masih memantau mana-mana kes cirit-birit, muntah dan demam yang dilaporkan di klinik awam atau swasta, secara automatik ujian akan dilakukan ke atas pesakit untuk mengesan risiko jangkitan taun," katanya pada pemberita selepas merasmikan talian hotline keganasan rumah tangga, SELamat di sini hari ini.
Dalam pada itu, mengenai kes COVID-19 di Selangor beliau berkata data terkini menunjukkan terdapat sedikit peningkatan dan dikhuatiri trend tersebut akan terus meningkat.
Menurut beliau perkara itu berlaku kerana tahap imunisasi kebanyakan penerima vaksin semakin menurun memandangkan program vaksinasi itu telah bermula sejak Mac lepas dan menggalakkan orang ramai untuk mengambil dos penggalak.
"Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM10 juta untuk memantau mereka yang dikuarantin di rumah melalui sistem di aplikasi SELangkah dan kami mahu kesan dan rawat pesakit awal kerana tidak mahu ada kematian di luar hospital (BID) dan sebagainya kerana virus itu masih ada di sekeliling kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes taun
#kolera
#Selangor
#Dr Siti Mariah Mahmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan