awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu kandung, bapa tiri ditahan kes dera kanak-kanak di Nilai
Pekerja ladang bebas tuduhan edar dadah lebih 77kg
PBB tuduh Israel amal dasar ‘aparteid’ di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kluster perhimpunan setakat ini - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2021
11:19 MYT
Tiada kluster perhimpunan setakat ini - Dr Noor Hisham
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM sedang menyiasat laporan salah seorang peserta demonstrasi didakwa dijangkiti COVID-19 seperti yang tular media sosial. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiada kluster COVID-19 melibatkan perhimpunan #Keluar dan #Lawan berhampiran Dataran Merdeka setakat ini, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, KKM sedang menyiasat laporan salah seorang peserta demonstrasi yang didakwa dijangkiti COVID-19 seperti yang tular di media sosial.
"Ada laporan yang kita terima daripada netizen mengatakan salah seorang pergi ke demonstrasi dan dijangkiti. (COVID-19). Namun KKM tidak dapat mengesahkan dan kita tidak dapat pastikan berita tersebut.
"Jadi, siasatan masih dijalankan. Namun, setakat ini tiada laporan kluster yang berkaitan dengan demonstrasi itu," katanya dalam Sidang Media Khas KKM di Putrajaya pada Jumaat.
Akhir bulan lalu, lebih 400 peserta perhimpunan itu dilaporkan berkumpul di jalan berhampiran Stesen Tren Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek sebelum berarak menghala ke Jalan Raja Laut.
Susulan itu, 47 individu yang dikenal pasti sebagai peserta dinasihatkan tampil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dataran Merdeka
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Malaysia
#media sosial
#Muhyiddin Yassin
#Noor Hisham Abdullah
#Putrajaya
#perhimpunan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan