awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kluster, sembilan kes positif COVID-19 sepanjang sidang Dewan Rakyat - Speaker

Haslina Zainal
Haslina Zainal
12/10/2021
08:23 MYT
Tiada kluster, sembilan kes positif COVID-19 sepanjang sidang Dewan Rakyat - Speaker
Azhar berkata, kesemua kes tersebut dikesan berpunca daripada komuniti, dan tiada sebarang jangkitan atau kluster direkodkan di Parlimen. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan kes COVID-19 direkodkan sepanjang 17 hari Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 berlangsung.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, kesemua kes tersebut dikesan berpunca daripada komuniti, dan tiada sebarang jangkitan atau kluster direkodkan di Parlimen.
"Seperti anda sedia maklum, persidangan ini diambil kira cabaran penularan COVID-19. Sehubungan itu pelbagai langkah diambil, termasuk mewajibkan RTK Antigen Saliva secara berkala, dan meningkatkan kualiti udara dalam Parlimen.
"Hasilnya, hanya sembilan kes dilaporkan berpunca daripada komuniti. Syukur tiada jangkitan atau kluster dalam Parlimen," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Azhar dalam masa yang sama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan (KKM) yang memberikan komitmen penuh dalam mengambil langkah pengawalan bagi memastikan persidangan berjalan dalam keadaan terkawal dan selamat.
Sidang Dewan Rakyat kali ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.
Sebelum ini, Dewan Rakyat menetapkan agar semua Ahli Parlimen dan pegawai bertugas diwajibkan menjalani ujian RTK berkala pada setiap Isnin dan Rabu sepanjang tempoh persidangan Dewan Rakyat bagi mengawal penularan COVID-19.
Semalam, Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming disahkan positif COVID-19 hasil keputusan ujian saringan Transkripsi Balikan-Tindak balas Berangkai Polimerase (RT-PCR).
Beliau melakukan ujian saringan kit kendiri terlebih dahulu ketika menghadiri Persidangan Dewan Rakyat sebelum disahkan menerusi ujian RT-PCR.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#COVID-19
#ujian saringan
#kes positif
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan