KANGAR: Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana kenderaan perdagangan yang menyalahi undang-undang termasuk bersikap seperti samseng jalanan, kata Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Saifudin Aslin Abbas.
Beliau berkata pihaknya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan kompaun serta-merta terhadap kenderaan yang menyebabkan berlakunya halangan lalu lintas, menyebabkan kesesakan dan melanggar undang-undang.
"Hasil pemeriksaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar mendapati punca kesesakan lalu lintas di pekan Padang Besar melibatkan lori kontena dan kenderaan perdagangan pada 17 Feb disebabkan peningkatan jumlah kenderaan yang ingin balik ke Thailand di samping beberapa masalah teknikal dan faktor jalan raya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bernama hari ini melaporkan orang ramai khususnya penduduk setempat dan pengguna jalan raya bimbang keselamatan mereka dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pemandu lori warga Thailand tidak mematuhi undang-undang jalan raya ketika menunggu giliran untuk masuk ke Thailand di pintu sempadan menerusi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar.
Tindakan tersebut bukan hanya menyebabkan kesesakan lalu lintas namun mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.
Saifudin berkata bagi mengawal dan mengurangkan kesesakan, IPD Padang Besar melalui bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik daerah dan cawangan kereta peronda telah digerakkan untuk membuat kawalan dan penguatkuasaan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata polis turut mengadakan perbincangan dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di ICQ Padang Besar bagi mengatasi masalah tersebut.
"Hasil pemantauan dan kawalan yang dilakukan oleh pihak polis sehingga 4.30 petang ini mendapati keadaan terkawal dan tiada kesesakan jalan raya di pekan Padang Besar namun pengguna jalan raya diseru untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis Fatimah Mohamed Ali Piah dalam kenyataan berasingan berkata pihaknya telah melipat gandakan operasi penguatkuasaan di kawasan Kompleks ICQS Padang Besar terutamanya berhampiran bulatan pekan Padang Besar bermula semalam.
"Dalam operasi penguatkuasaan yang diadakan semalam, semua kenderaan Thailand didapati tidak melakukan kesalahan lalu lintas dan keadaan adalah terkawal. Lori-lori yang diperiksa beratur mengikut laluan yang dibenarkan dan tidak mengganggu aliran trafik.
"Pemandu-pemandu kenderaan Thailand telah diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia," katanya.
Beliau berkata sebanyak 20 kenderaan telah diperiksa dan empat notis telah dikeluarkan di sekatan jalan raya yang dilaksanakan oleh anggota penguat kuasa Stesen Kawalan Sempadan (SKS) Padang Besar dan JPJ Perlis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 19 2022
Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana kenderaan perdagangan yang menyalahi undang-undang termasuk bersikap seperti samseng jalanan, kata Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Saifudin Aslin Abbas. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Aduan kes buli ditangani mengikut SOP, garis panduan ditetapkan - Fadhlina
Fadhlina yakin melalui pendekatan itu, kes buli akan dapat ditangani dengan lebih berkesan khususnya apabila turut melibatkan pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan komuniti.
Operator syarikat digesa pantau pemandu lori patuhi peraturan jalan raya
"Kita mahu jalan yang digunakan oleh orang ramai selamat dan bukan tempat meragut nyawa."
KPDN periksa 942 premis perniagaan di seluruh negara sempena SHMMP Deepavali 2024
KPDN menjalankan 942 pemeriksaan ke atas premis perniagaan di seluruh negara, melibatkan 11 premis borong dan 931 kedai runcit dalam pelaksanaan SHMMP Deepavali 2024.
Sultan Selangor titah percepat proses tindakan terhadap GISB
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd. (GISB) dipercepatkan.
GISB: Polis teruskan tindakan tegas, tahan beberapa lagi individu penting
PDRM hari ini meneruskan tindakan tegas dengan menahan beberapa lagi individu penting yang dikaitkan dengan GISB termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu.
MyCC kenakan penalti terhadap tujuh syarikat terlibat kartel tipuan bida
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti berjumlah RM446,092.95 ke atas tujuh syarikat persendirian atas dakwaan penglibatan mereka dalam kartel tipuan bida.
Pemaju gagal siapkan projek ikut jadual akan disenarai hitam
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas dengan menyenarai hitam pemaju yang gagal menyiapkan projek di Pahang selepas lanjutan tempoh sebanyak tiga kali diberikan.
Masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan tegas halang Israel daripada teruskan genosid
Malaysia juga akan bekerjasama dengan negara yang berfikiran sama untuk kemasukan Negara Palestin ke PBB sebagai anggota penuh.
900 majikan gaji PATI ditangkap bagi tempoh 1 Jan hingga 16 Ogos - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak sesekali berkompromi dengan majikan yang menggaji pendatang tanpa izin (PATI) dan tindakan tegas akan diambil.
Nelayan terlibat penjualan diesel bersubsidi akan dibatal kelayakan
Nelayan yang didapati terlibat dalam kegiatan menjual diesel di laut akan dibatalkan kelayakan subsidi, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.