awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi kelulusan lesen baharu diberikan kepada premis judi di Kedah

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
14/11/2021
06:38 MYT
Tiada lagi kelulusan lesen baharu diberikan kepada premis judi di Kedah
Muhammad Sanusi berkata, keputusan yang dibuat itu juga adalah sebagai langkah terbaik dalam mencapai hasrat Negeri Kedah Bebas Judi dalam masa terdekat. - Gambar fail
ALOR SETAR: Kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Kedah tidak lagi akan memberikan kelulusan lesen baharu bagi pengoperasian premis perjudian di negeri itu, berkuat kuasa serta merta.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan keputusan yang dicapai menerusi Mesyuarat EXCO pada minggu lalu itu adalah bagi memastikan tidak berlaku lebih banyak kerosakan berlaku kepada institusi keluarga serta masyarakat khususnya membabitkan masalah hutang.
Tambahnya, keputusan yang dibuat itu juga adalah sebagai langkah terbaik dalam mencapai hasrat Negeri Kedah Bebas Judi dalam masa terdekat.
Sementara itu, beliau memaklumkan, mana-mana premis perjudian yang masih mempunyai baki tempoh operasi hanya boleh meneruskan pengoperasian sehingga tamat tempoh berkenaan.
"Kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan tidak lagi akan memberi kelulusan lesen premis perjudian di semua PBT di seluruh negeri Kedah untuk kita wujudkan Kedah Bebas Judi kerana kita sedia maklum dan diakui semua pihak bahawa perjudian adalah punca kepada banyak kerosakan dan keruntuhan tamadun khususnya keruntuhan institusi keluarga,
"Ramai orang yang terlibat dengan perjuadian akan dibelit hutang dan menimbulkan ketidakamanan dalam kalangan keluarga dan memporak-perandakan masyarakat kita," ujar beliau.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas membentangkan Belanjawan Kedah 2022 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, beliau turut menyatakan bahawa pihaknya turut bersetuju untuk mengehadkan aktiviti penjualan arak di negeri itu.
Ia turut melibatkan pihak PBT di setiap daerah masing-masing dalam membuat keputusan terbaik termasuk penjualan arak di kedai serbaneka 24 jam serta kedai bebas cukai di Pulau Langkawi.
Tegas Sanusi, kedua-dua keputusan penting yang dibuat itu adalah sebagai tanggungjawab seorang Menteri Besar Kedah yang beragama Islam dalam memastikan tiada kemudaratan besar berlaku disebabkan kegiatan perjudian dan arak.
Topic Berkaitan
#Kedah
#Premis judi
#pihak berkuasa tempatan
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan