Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri

Tiada lagi pekerja asing di gerai MBDK bermula 1 Jun

Sinar Harian
Sinar Harian
19/04/2025
05:50 MYT
Tiada lagi pekerja asing di gerai MBDK bermula 1 Jun
MBDK menguatkuasakan larangan pengambilan pekerja asing sebagai pembantu di semua gerai dan kios bawah pengurusan mereka mulai 1 Jun 2025. -Facebook
KLANG: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menguatkuasakan larangan pengambilan pekerja asing termasuk pemastautin tetap sebagai pembantu di semua gerai dan kios bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan itu, berkuat kuasa mulai 1 Jun 2025.

Ringkasan AI
  • MBDK menguatkuasakan larangan pengambilan pekerja asing sebagai pembantu di semua gerai dan kios bawah pengurusan mereka mulai 1 Jun 2025.
  • Hanya warganegara Malaysia dibenarkan bekerja sebagai pembantu gerai, dan semua pembantu wajib didaftarkan dengan MBDK.
  • Langkah ini diambil untuk mengutamakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan memperkemas sistem pemantauan serta pendaftaran pekerja.

Menurut kenyataan dikeluarkan MBDK, larangan tersebut melibatkan semua penyewa gerai makanan, minuman dan kios di pasar-pasar awam milik majlis.
“Hanya warganegara Malaysia dibenarkan bekerja sebagai pembantu gerai. Semua pembantu juga wajib didaftarkan dengan MBDK,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan atas arahan Datuk Bandar Klang.
Langkah tersebut diambil bagi mengutamakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan serta memperkemas sistem pemantauan dan pendaftaran pekerja di gerai-gerai kendalian majlis.
Pihak MBDK turut mengingatkan penyewa supaya mematuhi peraturan baharu ini bagi mengelakkan tindakan undang-undang atau pembatalan lesen sewaan.
“Kami ingin memastikan peluang pekerjaan dalam sektor kecil dan sederhana seperti ini diberi keutamaan kepada warga tempatan, selaras dengan aspirasi kerajaan,” jelas kenyataan itu.
Maklumat lanjut serta prosedur pendaftaran pembantu gerai boleh diperoleh melalui Pejabat MBDK atau menerusi laman sesawang rasmi majlis tersebut. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pekerja asing
#MBDK
#pembantu gerai dan kios
#sistem pemantauan serta pendaftaran pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan