awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi rundingan terus dalam perolehan kerajaan - PM

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2024
02:10 MYT
Tiada lagi rundingan terus dalam perolehan kerajaan - PM
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan rundingan terus melalui perolehan kerajaan akan dihalang sama sekali.
Katanya, amalan berkenaan yang sudah diamalkan sekian lama sebenarnya memberi ruang yang lebih besar bagi penyalahgunaan kuasa.
“Amalan yang pada hemat saya dari dulu menyaksikan suatu bentuk rompakan penyalahgunaan kuasa, yang mudah untuk beri diberi ruang.
“Sang penguasa seperti Menteri Kewangan, senang dengan prinsip rundingan terus, tapi dia akan beri ruang yang lebih luas bagi sang penguasa untuk menetapkan (harga).
“Ini pernah berlaku, secara meluas dan membataskan bidang kuasa jawatankuasa teknikal dan sebagainya, dan amalan rundingan terus perlu dihalang dan akan melalui proses perolehan tender,” katanya lagi.
Namun menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, proses rundingan terus boleh dilakukan melalui beberapa pengecualian yang mendesak.
Beliau memberi contoh bagaimana krisis elektrik di Labuan dipulihkan melalui perolehan rundingan terus oleh Petronas.
Anwar berkata demikian semasa hadir di perhimpunan warga Kementerian Kewangan di, Persiaran Perdana, Putrajaya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#Anwar Ibrahim
#penyalahgunaan kuasa
#rundingan terus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan