awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis

Bernama
Bernama
27/11/2021
06:22 MYT
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis
Polis Johor mengesahkan sehingga hari ini tiada sebarang laporan polis diterima berkenaan seorang bekas pekerja ATA IMS Bhd yang didakwa dipukul ketika disoal siasat. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Polis Johor tidak menerima sebarang laporan mengenai dakwaan seorang bekas pekerja ATA IMS Bhd dipukul semasa disosial siasat di sebuah balai polis pada Jun lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pekerja terbabit mendakwa dipukul semasa disoal siasat kerana berkongsi maklumat mengenai keadaan kilang terbabit seperti yang dilaporkan menerusi artikel berita Reuters pada Khamis lepas.
"Polis Johor mengesahkan sehingga hari ini tiada sebarang laporan polis diterima berkenaan seorang bekas pekerja ATA IMS Bhd yang didakwa dipukul ketika disoal siasat.
"Bagaimanapun, kita ambil maklum tentang isu ini dan akan menjalankan siasatan sekiranya wujud seperti apa yang dilaporkan (dalam Reuters)," katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.
Pada 25 November, Reuters melaporkan Dyson Operations Pte Ltd dan Dyson Manufacturing Sdn Bhd telah menamatkan kontrak dengan syarikat penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS), ATA IMS berikutan audit terhadap amalan buruh yang diterima.
Reuters menerusi artikel berita itu turut memaklumkan bahawa seorang bekas pekerja ATA IMS yang ditemu bual, mendakwa telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat kerana berkongsi maklumat tentang keadaan kilang itu kepada aktivis sebelum dipukul oleh pihak polis.
Menurut ATA IMS dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada 25 November lepas, Lembaga Pengarahnya mengambil perhatian mengenai artikel berita itu dan rujukan telah dibuat membabitkan penamatan tiga kontrak dengan anak syarikat milik penuhnya, ATA Industrial (M) Sdn Bhd (ATAIM) yang berkuat kuasa 1 Jun 2022 serta audit amalan buruh syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja dipukul
#ayob khan mydin pitchay
#polis johor
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan