awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Lanjutan kontrak MotoGP Malaysia dijangka diketahui bulan ini - CEO SIC
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada larangan rentas negeri di Kedah dan Perlis- Ismail Sabri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/08/2020
06:40 MYT
Tiada larangan rentas negeri di Kedah dan Perlis- Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaliknya kerajaan hanya melaksanakan kawalan pergerakan secara bersasar di kawasan-kawasan yang terlibat sahaja.
Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan larangan rentas negeri di negeri Kedah dan Perlis susulan pengesanan Kluster Sivagangga.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaliknya kerajaan hanya melaksanakan kawalan pergerakan secara bersasar di kawasan-kawasan yang terlibat sahaja.
"Kita tidak lagi mengehadkan pergerakan di seluruh negeri. Seperti yang saya katakan tadi kita berfokus atau bersasar.
"Kawasan itu yang ada kes positif, (maka) kawasan situ yang kita akan sekat dari segi pergerakan. Mereka tidak boleh keluar daripada kawasan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Secara Pentadbiran) yang kita laksanakan.
"Bukan (larangan rentas negeri) seluruh negeri Kedah dan Perlis," katanya dalam sidang media, di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan larangan rentas negeri di kedua-dua negeri tersebut.
Terdahulu dalam sidang media sama, Ismail Sabri memaklumkan PKPD Bersasar (TEMCO) akan dilaksanakan membabitkan Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul bermula 10 Ogos (hari ini) sehingga 31 Ogos.
Pelaksanaan tersebut melibatkan 191 buah rumah dengan 872 orang penduduk.
Katanya, pelaksanaan TEMCO akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan beberapa ‘cut off’ jalan raya.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Kedah
#Larangan rentas negeri
#Perlis
#PKPD
#SOP
#TEMCO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan