awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada layanan istimewa untuk Najib - Khairy

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
21/09/2022
10:30 MYT
Tiada layanan istimewa untuk Najib - Khairy
Menurut Khairy, apa yang dilalui Najib adalah prosedur biasa, iaitu setiap banduan akan dihantar balik ke penjara sebaik sahaja menerima pelepasan doktor. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Tiada layanan istimewa diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak yang kini dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras.
Sebaliknya, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, layanan yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu mengikut prosedur standard kementerian untuk semua banduan yang memerlukan rawatan perubatan.
Menurut Khairy, sebelum ini Najib dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya serta menjalani beberapa ujian.
“Susulan itu, beliau dirujuk ke Hospital Rehabilitasi Cheras kerana rawatan susulannya memerlukan fisioterapi.
"Beliau akan diajar bagaimana untuk melakukan (fisioterapi) sendiri, kerana beliau akan dibenarkan keluar sebaik sahaja pakar berpuas hati dengan keadaan kesihatannya," kata Khairy dalam sidang media hari ini.
Jelas Khairy, apa yang dilalui Najib adalah prosedur biasa, iaitu setiap banduan akan dihantar balik ke penjara sebaik sahaja menerima pelepasan doktor.
Kementerian Kesihatan juga, kata Khairy, menjalankan tugas secara profesional mengikut prosedur dan garis panduan.
“Kita buat ini supaya tidak timbul pertikaian daripada keluarga Najib atau Najib sendiri bahawa tiada rawatan (perubatan) diberikan, jadi kita selesaikan semua pemeriksaan yang telah diminta.
"Sebaik sahaja doktor, berdasarkan pertimbangan profesional mereka, kata dia (Najib) boleh discaj, dia akan dihantar balik ke Kajang.
"Saya tak boleh jawab bila. Saya tak tanya pun dengan KP (Ketua Pengarah Kesihatan)," katanya.
Tambah Khairy, beliau juga dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa pakar sedang menyediakan rekod perubatan untuk memberi penjelasan keadaan Najib kepada keluarganya.
Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana menyalahgunakan dana SRC International berjumlah RM42 juta, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp khabar angin yang mendakwa Najib, yang diberi nama kod rahsia, akan dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras (CRH) bagi membolehkan lebih banyak akses kepada pengunjung dan kemudahan VVIP.
Jabatan Penjara telah mengeluarkan dua kenyataan penafian dan Najib tidak diberikan sebarang layanan istimewa.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Najib Razak
#Dr Noor Hisham Abdullah
#banduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan