awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada maklumat jumlah perisik asing di Malaysia - KDN

Bernama
Bernama
09/03/2017
14:23 MYT
Tiada maklumat jumlah perisik asing di Malaysia - KDN
KDN dan PDRM tidak mempunyai maklumat berkaitan jumlah ejen perisik asing di negara ini. - Gambar hiasan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai maklumat berkaitan jumlah ejen perisik asing di negara ini.
KDN berkata ini memandangkan tiada negara asing mengisytiharkan ejen perisikan mereka kepada Malaysia.
Bagaimanapun, kementerian melalui cawangan khas PDRM akan mempertingkatkan lagi usaha untuk mengumpul maklumat risikan bagi menentukan tiada lagi kejadian seperti pembunuhan warga Korea Utara di negara ini, kata kementerian dalam satu jawapan bertulis diedarkan di Parlimen.
Ia sebagai menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) yang ingin tahu jumlah ejen asing di Malaysia dan status terkini kes pembunuhan warga Korea Utara baru-baru ini.
KDN tidak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut berkaitan perkara ini kerana masih di peringkat siasatan dan dikhuatiri boleh mengganggu siasatan yang dijalankan, menurut jawapan bertulis itu.
Warga Korea Utara Kim Chol dilaporkan dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb. Media banyak melaporkan Kim Chol sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN
#KLIA2
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan