Pendedahan perbualan telefon yang didakwa melibatkan Datuk Seri Najib Razak bersama beberapa pihak lain yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah tidak salah.
Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tindakan terbabit adalah sama seperti yang pernah dilakukan pihak berkuasa ketika menyerbu kediaman bekas perdana menteri itu bagi mendedahkan harta yang dimiliki keluarga mereka.
“Dulu masa kita mula, ada orang yang pergi serbu (rumah Najib) dan mereka tunjuk segala barang milik Rosmah dengan Najib kepada kepada orang ramai, sama juga.
"Saya sokong atau tak sokong, (itu) tak penting, yang penting ialah sama ada benda itu boleh dibuat atau tidak.
"Dulu kita dah buat, kita raid Pavilion punya hotel, kita dapati barang yang banyak yang dimiliki oleh Rosmah dan Najib, dan kita tunjuk kepada orang ramai. Kita tak sembunyi," katanya kepada pemberita di sini.
BACA: "Apa alasan SPRM? Kenapa cetuskan ribut?" - Rais, Kadir bimbang pendedahan SPRM
BACA: SPRM dedahkan 9 rakaman audio 'mengejutkan' tentang dakwaan konspirasi
BACA: Rakaman audio diserah kepada polis - Latheefa
Beliau berkata demikian selepas majlis penutupan dan penyampaian hadian sempena majlis penutup Kejohanan Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2020 edisi ke-18 pada Sabtu.
Pada Rabu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mendedahkan sembilan set rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah membabitkan Najib dan beberapa individu lain termasuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Pendedahan terbabit turut menerima kritikan dari pelbagai pihak termasuk beberapa pengamal undang-undang seperti Haniff Khatri dan Ramkarpal Singh yang menyifatkan tindakan itu adalah tidak beretika.
Abd Hadi Che Awang
Sat Jan 11 2020
TUN MAHATHIR: Saya sokong atau tak sokong, (itu) tak penting, yang penting ialah sama ada benda itu boleh dibuat atau tidak. - Gambar fail/Astro AWANI
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Latheefa Koya kritik pendakwaan henti prosiding Ahmad Zahid
Latheefa Koya mengkritik tindakan pendakwaan menghentikan prosiding perbicaraan 47 pertuduhan yang dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Permohonan habeas corpus dua pegawai SPRM didakwa terlibat Geng Nicky didengar 24 Mei
Kedua-dua pemohon itu diwakili peguam Latheefa Koya manakala Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti bertindak bagi pihak semua responden.
SPRM gagal lucut hak wang RM100,000 milik Kasitah Gaddam
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi menolak permohonan SPRM selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan jumlah wang yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram.
SPRM nafi tutup akaun Twitter
SPRM menjelaskan bahawa penutupan akaun rasmi Twitter @SPRMMalaysia berpunca daripada isu teknikal.
Saksi pembelaan Latheefa dan Shafee 'bengang' antara satu sama lain
Latheefa berkata beliau tidak boleh mendedahkan maklumat mengenai kes RM4 bilion yang didakwa dihantar ke bank BSI di Switzerland kerana ia akan menjejaskan siasatan SPRM yang sedang berjalan.
Kembalikan kemandirian SPRM - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, keputusan ini bagi mengembalikan kemandirian SPRM dan memartabatkan prinsip kedaulatan undang-undang.
Latheefa sahkan hantar surat letak jawatan
Surat itu dihantar pada Isnin, 2 Mac lalu dan tertakluk kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
Latheefa tidak pasti pendedahan rakaman perbualan individu berprofil tinggi sah atau tidak
Muhammad Shafee dakwa pendedahan itu bercanggah dengan Perintah-perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Mahkamah benarkan kerajaan lucut hak lebih RM32,000 daripada UMNO Kelantan
Wang tersebut yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lepas, didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).