PUTRAJAYA: Tidak timbul masalah apabila ada beberapa jawatankuasa membincangkan soal sara hidup dan inflasi di Malaysia, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.
Menurutnya yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, isu tersebut turut dibincangkan dalam mesyuarat pertama pasukan khas itu pada Khamis dan menurut beliau, ada beberapa jawatankuasa sebelum ini akan digabungkan.
"Sebenarnya tidak timbul masalah. Kita juga bincang perkara itu tadi. Jawatankuasa teknikal tentang kos sara hidup dan sebagainya, ada yang kita akan gabungkan.
"Yang pentingnya, daripada laporan kita ini, kita ada jawatankuasa peringkat nasional, NACCOL (Majlis Tindakan Khas Sara Hidup Negara) yang dipengerusikan Perdana Menteri.
"Selain itu, sudah tentu kita ada mesyuarat mingguan Kabinet yang setiap hari Rabu, memang membincangkan masalah harga yang dihadapi rakyat. Hasil mesyuarat ini akan dibawa kepada Jemaah Menteri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Pertama Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini pada Khamis.
Tambah beliau, fungsi pasukan khas itu adalah untuk mengukuhkan jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi.
"Jawatankuasa ini akan tdieruskan dari aspek penguatkuasaan dan tindakan yang akan diambil.
"Kerajaan ambil keputusan berat dengan mengekalkan subsidi lebih RM70 bilion, dikeluarkan demi memastikan Keluarga Malaysia tidak terlalu terkesan dengan impak kenaikan harga barang," ujarnya.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pasukan khas itu berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.
Ridauddin Daud
Thu Jun 30 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (dua, kiri) mempengerusikan mesyuarat pertama Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi hari ini. - Foto BERNAMA

Penuhi Permintaan | Google Cloud akan bawa rantau awam pertamanya ke Malaysia
Google Cloud umum akan membawa rantau awan pertamanya ke Malaysia bagi penuhi permintaan perkhidmatan itu yang semakin meningkat dalam negara dan seluruh dunia. Ia membantu usahawan dan organisasi tempatan mempercepatkan transformasi digital dan mencipta kelebihan daya saing baharu, selain menyokong rancangan pembangunan ekonomi negara seterusnya.

Siasatan projek LCS | Luluh hati selepas bentangkan laporan PAC
Demikian jawapan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berhubung projek tersebut selepas jawatankuasa itu menyiapkan dan membentangkan laporan 247 halaman bersama dengan 489 halaman hansard dan 192 halaman slaid projek LCS.

Ekonomi Malaysia | Dijangka kekal kukuh pada suku ketiga - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata antara petunjuk ekonomi yang menunjukkan arah aliran pertumbuhan termasuk kadar pengangguran menurun kepada 3.8 peratus pada Jun lalu.

Barang Mahal | Bagaimana B40 menyesuaikan diri?
Sudah tentu, golongan B40 adalah mereka yang paling terkesan dengan kenaikan harga barang. Semalam, saya meluangkan masa untuk mengunjungi beberapa individu yang tinggal di PPR dan flat kos rendah di ibu negara, untuk bertanya bagaimana mereka menyesuaikan kehidupan dengan keadaan yang semakin sukar.

'Bumbung, palang melayang masuk rumah' - Johor Jaya dilanda ribut, banjir kilat
Ribut, hujan lebat beserta angin kencang lebih 30 minit menyebabkan enam bumbung Rumah Pangsa Ros Merah di Johor Jaya, tercabut diterbangkan angin petang tadi.
![AWANI Borneo [12/08/2022] - KDNK suku kedua tumbuh kukuh | Kecewa tindakan Anwar | Kurangkan serangan sang bedal AWANI Borneo [12/08/2022] - KDNK suku kedua tumbuh kukuh | Kecewa tindakan Anwar | Kurangkan serangan sang bedal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982321/thumbnails/19650021631660304234000_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [12/08/2022] - KDNK suku kedua tumbuh kukuh | Kecewa tindakan Anwar | Kurangkan serangan sang bedal
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar; 1. Perkembangan KDNK bukan cerminan realiti kehidupan rakyat - Kata pakar 2. Kecewa tindakan Anwar punca Naib PengerusI MPN Sabah letak jawatan 3. JHL Sabah setuju cadangan Bung Moktar tangkap buaya di Sungai Kinabatangan Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Astro AWANI dekati golongan terkesan impak inflasi di PPR Muhibbah malam ini
Buletin AWANI745 dan Agenda AWANI akan bersiaran secara langsung dari PPR Kampung Muhibbah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.

Hari Gajah | Kerjasama bersepadu tangani konflik manusia dan gajah
Konflik antara manusia dan gajah sering berakhir dengan kematian kerana haiwan terlindung yang menceroboh ke kawasan perkampungan dianggap sebagai ancaman. Mengelak perkara itu berterusan, Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga menyeru masyarakat agar bekerjasama dengan pihaknya untuk membantu menyelamatkan haiwan itu.

KDNK | Rencana inisiatif bantu rakyat B40
Meskipun ekonomi Malaysia catat pertumbuhan 8.9 peratus pada suku kedua tahun 2022, tetapi masyarakat khususnya golongan B40 masih merasai beban harga barangan keperluan asas yang mahal. Menurut Ketua Kampung Kampung Nangoh, Juan Pauting, pertumbuhan ekonomi itu diharap dapat merencana inisiatif-inisiatif lain oleh kerajaan bagi membantu rakyat terutamanya golongan B40.

Serangan Buaya | Operasi tangkap buaya di Sungai Kinabatangan
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan menjalankan operasi menangkap buaya di Sungai Kinabatangan dalam mengurangkan kejadian serangan reptilia itu. Pengarahnya, Augustine Tuuga berkata operasi berkenaan akan difokuskan di kawasan tebing sungai yang berpenduduk.

Bangunan awam, sekolah yang lama perlu diselenggara - Annuar
Kerja penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab JKR yang boleh dijalankan menerusi pemeriksaan dan pengesahan.

Premis perniagaan milik kerajaan perlu turunkan 10 hingga 20 peratus kadar sewa - Annuar Musa
Semua premis perniagaan di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi kerajaan perlu menurunkan kadar sewa antara 10 hingga 20 peratus bermula bulan depan.

Bekalan ayam: Jabatan Veterinar diberi seminggu kemuka cadangan pengurusan data - Annuar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar diberikan masa seminggu untuk mencadangkan kepada Jawatankuasa Khas Jihad Tangani Inflasi mengenai corak pengurusan data pengeluaran dan import ayam.

Tahap pematuhan had harga minyak masak hampir seratus peratus - Annuar
Annuar yang juga Menteri Komunikasi Dan Multimedia berkata, ada peniaga yang sanggup menurunkan harga lebih rendah daripada harga kawalan.

Belum ada keputusan ubah peraturan sekat eksport ayam - Annuar
Kerajaan belum membuat keputusan untuk mengubah sebarang peraturan berkenaan sekatan eksport ayam yang diumumkan pada 1 Jun lepas.

Masih banyak perlu dilakukan bantu Keluarga Malaysia - Annuar
Annuar berkata kerajaan komited dan fokus untuk bekerja keras menjayakan agenda membantu Keluarga Malaysia, terutamanya ketika berhadapan krisis kenaikan harga barang ketika ini.

Elak sorok, catut minyak masak - Annuar Musa
Perkara itu pada akhirnya akan merugikan peniaga dan peruncit selain mendatangkan masalah kepada pengguna.

Guna koperasi perangi orang tengah cuba ambil untung lebih - Annuar
Kaedah menggunakan gerakan koperasi antara langkah boleh diambil kerajaan dalam usaha memerangi 'orang tengah, kata Annuar Musa.

Program Jualan Murah Keluarga Malaysia mulai 19 Ogos - Annuar
Beberapa barangan telahpun dikenal pasti oleh Suruhanjaya Koperasi dalam pembentangan mereka termasuklah ayam, minyak, gula.

Belum ada bukti minyak masak peket terapung di perairan Indonesia dibawa dari Malaysia - Annuar
Sebelum ini, tular penemuan ribuan peket minyak masak dipercayai bersubsidi dari Malaysia berhampiran Pulau Jawa, Indonesia.