MALAYSIA
'Tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina

Noraidah menjelaskan mengenai tindakan menolak proses bedah siasat terhadap Zara Qairina, sebelum ini. - Gambar fail
KOTA KINABALU: "Kami terkejut, panik dan tidak mampu membuat keputusan waras ketika kejadian," itu luahan ibu Zara Qairina Mahathir menerusi akaun Noie AiDa dalam satu komen di dalam Facebook yang tular di media sosial sejak Khamis.
Ringkasan AI
- Ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, menjelaskan mereka panik dan tidak faham proses bedah siasat ketika kematian anaknya, menyebabkan keputusan menolak bedah siasat dibuat secara tergesa-gesa.
- Peguam Hamid Ismail mengesahkan komen tular di Facebook menggunakan akaun "Noie AiDa" adalah milik Noraidah, yang menjelaskan situasi sebenar semasa kejadian.
- Bedah siasat kedua pada 10 Ogos mengesahkan kecederaan otak teruk akibat kekurangan oksigen dan aliran darah berpunca daripada jatuh, selari dengan diagnosis awal dan dijalankan atas arahan Peguam Negara.
"Kami panik, tiada satu pun nasihat dan pengukuhan diberikan akan proses bedah siasat. Kalau kami tahu, kami tak akan sesekali turun tandatangan enggan bedah siasat.
"Boleh bayangkan ke sekarang? Kematian ini berlaku begitu cepat... satu malam saja di Hospital Queen Elizabeth, 20 jam masuk wad Neurologi," tulisnya.
Sementara itu, peguamnya, Hamid Ismail mengesahkan akaun dengan nama pengguna "Noie AiDa" itu adalah milik Noraidah.
Dalam sidang akhbar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, pada Rabu, beliau memaklumkan siasatan mendedahkan, terdapat persetujuan daripada Noraidah enggan proses bedah siasat dilakukan.
Terdahulu, M Kumar turut mendedahkan hasil bedah siasat pada 10 Ogos mendapati ia selari dengan diagnosis awal iaitu kecederaan otak teruk akibat kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak berpunca daripada jatuh.
Bedah siasat dijalankan atas arahan Peguam Negara itu turut disertai tiga doktor dari Hospital Serdang dan HQE, Kota Kinabalu. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami