awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada parti Semenanjung, Sarawak ditadbir parti, pemimpin tempatan - Abang Johari

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
29/03/2022
03:59 MYT
Tiada parti Semenanjung, Sarawak ditadbir parti, pemimpin tempatan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan terus berpegang teguh kepada polisi politik tidak membenarkan mana-mana parti utama dari Semenanjung Malaysia untuk bertapak di negeri itu. - Astro AWANI
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus berpegang teguh kepada polisi politik tidak membenarkan mana-mana parti utama dari Semenanjung Malaysia untuk bertapak di negeri itu.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, toleransi kepelbagaian bangsa dan agama adalah kunci utama kepada kemakmuran dalam kalangan rakyat juga kestabilan ekonomi secara menyeluruh.
“Rakyat Sarawak perlu menjaga sendiri negeri ini, jangan risau kita akan tetap sokong Malaysia, jika Malaysia gembira, Sarawak pun akan gembira.
“Kita beritahu UMNO untuk jangan datang, jika kamu mahu menyentuh soal agama, parti di sini terdiri daripada bukan Islam, kita juga memohon kepada Pas untuk tidak datang, saya bukan taksub, tetapi ini adalah soal sensitiviti rakyat di sini.
“Ini adalah tahap toleransi yang kami semai, kami di sini tidak ada masalah dengan masyarakat Cina, Iban malah India walaupun mereka golongan minoriti, ini adalah asas untuk kita terus bergerak ke hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Business Federation (SBF) dan National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM) di Kuching.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu juga memberi jaminan isu-isu perkauman tidak akan menjadi masalah besar di Sarawak.
Apa yang lebih penting katanya adalah untuk memastikan setiap rakyat dapat menyediakan keperluan seharian mereka dan terus hidup dalam kesejahteraan.
“Saya laksanakan polisi ini antaranya untuk mengurangkan kadar kemiskinan yang akan ditingkatkan kepada lebih RM2,000, kita akan meningkatkan pendapatan isi rumah kepada lebih RM3,000 melalui pendidikan juga kepada penduduk di pedalaman,” katanya.
Topic Berkaitan
#Tiada parti Semenanjung
#Sarawak parti tempatan
#Abang Johari Tun Openg
#Sokong Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan