KANGAR: Kerajaan negeri setakat ini tidak menerima sebarang pemohonan baharu bagi pembukaan premis perjudian dan loteri, kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Fakhrul Anwar Ismail.
"Kerajaan negeri mempunyai perancangan ke arah pelaksanaan untuk menghentikan operasi premis perjudian dan loteri sepertimana yang telah dinyatakan oleh Menteri Besar Mohd Shukri Ramli pada Majlis Amanat Menteri Besar Bersama Penjawat Awam Negeri Perlis Tahun 2023 baru-baru," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Haziq Asyraf Dun (Pas-Beseri) berhubung tindakan kerajaan negeri bagi menghentikan lesen operasi premis perjudian dan loteri di negeri ini.
Fakhrul (Pas-Bintong) berkata perkara tersebut sedang diteliti secara mendalam dari aspek perundangan sebelum mengambil langkah untuk menghentikan lesen operasi sepenuhnya terhadap premis perjudian dan loteri di negeri ini.
"Untuk makluman juga, lesen operasi perjudian dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula mengeluarkan lesen premis perniagaan bagi tujuan menjalankan aktiviti perjudian berpandukan lesen operasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan," katanya.
Beliau berkata walaupun pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pemohonan, langkah untuk menghentikan operasi premis perjudian memerlukan penyelarasan bersama pihak-pihak terlibat.
--BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
Fakhrul Anwar berkata, langkah untuk menghentikan operasi premis perjudian memerlukan penyelarasan bersama pihak-pihak terlibat. - Gambar fail
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Tiada pemohonan baharu lesen premis judi, loteri di Perlis
Kerajaan negeri setakat ini tidak menerima sebarang pemohonan baharu bagi pembukaan premis perjudian dan loteri, kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Fakhrul Anwar Ismail.
Premis judi: 'Kalau dapat RM400 juta sekalipun, saya akan tutup juga' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan pihaknya akan kekal dengan pendirian untuk menghentikan operasi premis perjudian dan loteri di seluruh negeri itu.
Kedah tidak bercadang pertimbang semula penamatan lesen judi - Muhammad Sanusi
Kerajaan negeri Kedah bertegas tidak akan mempertimbangkan semula keputusan menamatkan semua lesen perjudian dan loteri yang telah berkuat kuasa di negeri itu.
Kedah sedia hadapi tindakan pihak cabar keputusan berkaitan lesen premis judi - MB
Beliau berkata mana-mana pihak berhak dan boleh mengambil tindakan mencabar keputusan kerajaan negeri.
Keputusan tidak luluskan lagi lesen judi bukan bertujuan sekat hak mana-mana pihak - MB Kedah
Langkah kerajaan negeri Kedah untuk tidak lagi meluluskan lesen perjudian kepada mana-mana premis di negeri ini bukan bertujuan menyekat kebebasan hak asasi manusia atau mendiskriminasi kaum lain.