awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pemotongan bekalan elektrik walau tertunggak 6 bulan - Menteri

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
21/12/2020
03:26 MYT
Tiada pemotongan bekalan elektrik walau tertunggak 6 bulan - Menteri
Kerajaan memutuskan tidak akan memotong bekalan elektrik terhadap pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil kurang daripada enam bulan. -Gambar fail
PUTRAJAYA:Prihatin dengan kesukaran dihadapi rakyat, kerajaan memutuskan tidak akan memotong bekalan elektrik terhadap pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil kurang daripada enam bulan.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata arahan itu berkuat kuasa pada 1 Januari hingga 31 Mac 2021.
“Kerajaan dengan kerjasama TNB dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah bersetuju supaya tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan terhadap premis domestik yang mempunyai tunggakan kurang daripada enam bulan sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2021.
"Kategori pengguna ini juga akan diberi kemudahan untuk membuat pembayaran secara ansuran selama enam bulan bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2021," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli di sini pada Isnin.
Begitupun, katanya, pengguna lain yang tidak termasuk dalam kategori tersebut dinasihatkan untuk berunding dengan TNB dan SESB untuk membincangkan pembayaran secara ansuran.
"Ia bagi mengelakkan bekalan elektrik mereka dipotong.
"Saya percaya melalui inisiatif ini, sejumlah 6.94 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dan lebih kurang 500,000 akaun di Sabah akan menerima manfaat daripada inisiatif ini," ujarnya.
Tambah beliau, inisiatif terbaharu itu merupakan lanjutan kepada Bantuan Prihatin Elektrik yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Shamsul Anuar Nasarah
#Menteri Tenaga dan Sumber Asli
#bekalan elektrik
#Tenaga Nasional Berhad
#TNB
#Sabah Electricity Sdn Bhd
#ementerian Tenaga dan Sumber Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan