awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pengezonan gunaan tanah milik Paya Indah Wetlands

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
02/08/2016
10:40 MYT
Tiada pengezonan gunaan tanah milik Paya Indah Wetlands
Tanah berkeluasan 450.76 ekar itu diwartakan Jabatan Perhilitan sebagai Rizab Tanah Paya di bawah Kanun Tanah Negara 1998. - Sumber foto NRE
Tidak berlaku sebarang pengezonan gunaan tanah di lot 4827 dan 3974 milik Paya Indah Wetlands buat masa kini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping berkata, tanah berkeluasan 450.76 hektar itu diwartakan Jabatan Perhilitan sebagai Rizab Tanah Paya di bawah Kanun Tanah Negara sejak 1998.
Tanah yang dinyatakan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin itu adalah milik Salak Land Development Sendirian Berhad dan tidak termasuk dalam kawasan Paya Indah Wetlands yang diwartakan sebagai kawasan pertanian.
"Apa yang di luar Lot 4827 dan 3974 (tidak termasuk Lot 68054) bukan di dalam Paya Indah Wetlands Lot dengan pemilik (adalah) lain dan sebagainya," kata Elizabeth.
Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media di DUN Selangor di sini hari ini.
"Saya ingin tekankan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak sekalipun berniat untuk pelengkungan semula Lot 4827 dan 3974 seluas 450 hektar yang telah diwartakan oleh Jabatan Perhilitan Pusat sebagai Rizab Tanah Paya sejak 1998," katanya.
Tambah beliau, satu Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Persekutan dan Kerajaan Negeri berkenaan pengurusan dan pentadbiran pemuliharaan Paya Indah Wetlands turut ditandatangani pada 1 Ogos 2007.
“Sejak MoU ditandatangani, tidak ada sebarang permohonan menukar kegunaan tanah Lot 4827 dan Lot 3974.
“Lot selain daripada dua lot yang disebut ini bukan Paya Indah Wetlands dan merupakan milik persendirian,” jelasnya.
Terdahulu, aktivis Badrul Hisham Shaharin mendakwa Kerajaan Negeri memulakan usaha pelengkungan semula Paya Indah Wetlands di lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat.
Badrul Hisham atau Chegubard turut mendakwa tindakan itu bakal mengganggu ekosistem keseluruhan Paya Indah Wetlands yang dikelaskan sebagai kawasan tanah lembab di bawah Konvensyen Ramsar.
Topic Berkaitan
#diwartakan Jabatan Perhilitan
#Elizabeth Wong Keat Ping
#Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
#Kanun Tanah Negara 1998
#Paya Indah Wetlands
#Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan
#pengezonan gunaan tanah
#Rizab Tanah Paya
#teknologi hijau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan