awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada penjawat awam, petugas kontrak diberhentikan selepas tukar kerajaan

Bernama
Bernama
08/06/2023
04:40 MYT
Tiada penjawat awam, petugas kontrak diberhentikan selepas tukar kerajaan
Armizan berkata proses penstrukturan semula selepas pertukaran kerajaan termasuk pembubaran beberapa kementerian dan agensi hanya melibatkan penjajaran semula petugas ke tempat baharu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiada penamatan serta-merta perjawatan dalam perkhidmatan awam termasuk petugas kontrak selepas beberapa agensi dibubarkan sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata proses penstrukturan semula selepas pertukaran kerajaan termasuk pembubaran beberapa kementerian dan agensi hanya melibatkan penjajaran semula petugas ke tempat baharu.
"Contohnya, pembubaran Kementerian Wilayah Persekutuan, Unit Perumahan Awam serta penggabungan KeTSA (Kementerian Tenaga dan Sumber Asli) dan KASA (Kementerain Alam Sekitar dan Air), tidak melibatkan penamatan jawatan penjawat awam serta petugas kontrak.
"Tetapi, kami menjajarkan semula penjawat awam sedia ada ke tempat baharu," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) sama ada pembubaran beberapa kementerian dan agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan melibatkan penamatan perkhidmatan penjawat awam dan petugas kontrak.
Topic Berkaitan
#tukar kerajaan
#penjawat awam
#diberhentikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan