awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada penyelesaian, penyampaian efektif punca masyarakat India terus terpinggir - Dr Denison

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
21/04/2017
08:42 MYT
Tiada penyelesaian, penyampaian efektif punca masyarakat India terus terpinggir - Dr Denison
Felo Penyelidik Utama KITA, UKM Datuk Dr Denison Jayasooria menyampaikan syarahan umum Advokasi Awam: Idea dan Pelaksanaan di Malaysia di UKM hari ini. - Foto Facebook/denison.jayasooria
Tiada penyelesaian dan penyampaian efektif menyebabkan punca isu seperti kemiskinan yang membelenggu masyarakat India semakin berterusan.
Perkara itu diakui Felo Penyelidik Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Datuk Dr Denison Jayasooria yang melihat Pelan Tindakan Masyarakat India akan menjadi platform terbaik dalam menyelesaikan masalah tersebut.
"Sistem penyampaian kepada golongan tertentu seperti miskin bandar dan mereka yang terpinggir dilihat tidak berkesan.
"Tetapi melalui Pelan Tindakan Masyarakat India ini kita akan lihat kesannya dalam tempoh 15 tahun, bagaimana perkhidmatan kerajaan seperti sosioekonomi, pembasmi kemiskinan, pembangunan ekonomi golongan akar umbi dan sebagainya sampai ke akar umbi," katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan syarahan umum Advokasi Awam: Idea dan Pelaksanaan di Malaysia di UKM hari ini.
Katanya, isu tersebut bukan sahaja membelenggu masyarakat India malah melibatkan kaum dan etnik lain seperti Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
"Penyampaiannya tidak sampai kepada golongan tertentu, ini juga merupakan isu kepada Orang Asli, Bumiputera di Sabah dan Sarawak termasuk luar bandar.
"Sedangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), Kerajaan menyebut berkenaan pembangunan inklusif serta tiada yang akan tertinggal. Bagaimana kita ingin pastikan ia sampai kepada golongan pada ketika ini seperti mereka yang ketinggalan dan terpinggir. Itu perlunya penilaian dan lebih fokus," katanya.
Beliau pada masa sama menafikan Pelan Tindakan Masyarakat India yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Tazak pada Ahad bertentangan dengan dasar Kerajaan sedia ada.
"Polisi ini tidak boleh dikatakan sebagai polisi khas kaum.Kini statistik menunjukkan ada golongan tertentu yang tidak menikmati perkhidmatan yang telah diberi.
"Justeru Kerajaan harus ada beberapa pelan hala tuju dan pelan tindakan yang tepat supaya penyampaian lebih baik. Namun, dasarnya bukan berlainan daripada dasar-dasar Kerajaan yang sedia ada," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Dr Denison Jayasooria
#India
#kaum
#Masyarakat
#Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India
#RMK11
#Universiti Kebangsaan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan