Tiada perubahan kepada Cukai Pelancongan

Hafiz Marzukhi
Ogos 6, 2018 02:51 MYT
MUHAMMAD BAKHTIAR: Sokongan kewangan yang berterusan ini akan membantu kerajaan dalam usaha menaiktaraf produk pelancongan dalam negara. - Gambar fail
Kerajaan tidak merancang melakukan sebarang perubahan berhubung pelaksanaan Cukai Pelancongan yang dimulakan pada September lalu.
Selain itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, kerajaan juga tiada cadangan untuk meningkatkan kadar cukai tersebut yang dikenakan terhadap pelancong asing.
"Melalui penelitian perkara ini, ia membuktikan bagi tempoh jangka panjang, pelaksanaan Cukai Pelancongan akan memberi kesan positif.
"Sokongan kewangan yang berterusan ini akan membantu kerajaan dalam usaha menaiktaraf produk pelancongan dalam negara," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) sama ada kerajaan bercadang untuk mengkaji semula atau membatalkan Cukai Pelancongan yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pelancongan 2017.
BACA: Cukai Pelancongan: Kerajaan Persekutuan bayar balik RM5 kepada kerajaan negeri
BACA: 50 peratus cukai pelancongan kepada negeri wajar
BACA: Kerajaan mansuh cukai pelancongan ke atas warganegara
Cukai Pelancongan mula diperkenalkan kerajaan pada 1 September 2017 pada kadar RM10 bagi setiap bilik untuk satu malam bagi pelancong asing.
Sebelum ini, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) pernah menggesa supaya cukai tersebut dimansuhkan kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada industri pelancongan.
#Bilik #cukai #kaji semula #Muhammad Bakhtiar Wan Chik #pelancong #Pelancong asing #pelancongan