awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada perubahan kepada jenis pengeluaran - KWSP

Bernama
Bernama
16/01/2017
13:55 MYT
Tiada perubahan kepada jenis pengeluaran - KWSP
KWSP masih belum menerima sebarang cadangan daripada kerajaan untuk mewujudkan semula kemudahan pengeluaran untuk membeli komputer. - Gambar fail
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih belum menerima sebarang cadangan daripada kerajaan untuk mewujudkan semula kemudahan pengeluaran untuk membeli komputer.
Oleh itu, tiada penambahan baru diwujudkan selain kemudahan pengeluaran KWSP yang sedia ada, menurut KWSP dalam satu kenyataan bagi menjelaskan beberapa laporan berita yang memetik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong berkenaan cadangan mewujudkan semula kemudahan pengeluaran itu.
Skim Pengeluaran Pembelian Komputer (SPPK) yang mula diperkenalkan pada 2001, terpaksa diberhentikan setahun kemudiannya, pada Ogos 2002, berikutan beberapa kes penyalahgunaan apabila pengeluaran yang dibuat pada masa itu tidak digunakan untuk pembelian komputer.
BACA: Cadangan sambung semula skim beli komputer menerusi KWSP akan dibincang
"KWSP ingin menegaskan bahawa simpanan KWSP adalah untuk membiayai persaraan ahli dan kemudahan pengeluaran pra-persaraan diwujudkan untuk keperluan asas seperti membeli rumah, membiayai kos perubatan dan pendidikan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Lee Chee Leong
#komputer
#KWSP
#SPPK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan