ISKANDAR PUTERI: Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah mengesahkan tiada perubahan tarikh bagi pembentangan Belanjawan 2023 setakat ini dan ia kekal seperti dijadualkan dalam kalendar Parlimen pada 28 Oktober depan.
"Tarikh Belanjawan 2023 telah diumumkan iaitu pada 28 Oktober, 2022 sepertimana takwim Dewan Rakyat yang sudah menjadi pengetahuan umum.
"Saya tiada maklumat itu (mengenai pembentangan akan disegerakan pada bulan depan). Setakat ini, ia kekal (pada 28 Oktober)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Shahar berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah portal mengenai dakwaan bahawa Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipercayai akan membentangkan belanjawan itu lebih awal untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Futurise Sdn Bhd dan Iskandar Investment Bhd Ventures (IIBV) bagi membangunkan sukan dron di Medini Iskandar Malaysia di sini hari ini.
MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Futurise Rosihan Zain Baharudin bagi pihak Futurise, manakala IIBV diwakili Pengarah Urusannya Zulfiqar Zainuddin.
Sementara itu, mengulas mengenai desakan beberapa persatuan pengguna yang menuntut supaya Bank Negara Malaysia (BNM) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat bank yang terlibat dengan kehilangan wang simpanan pelanggan, Mohd Shahar berkata institusi kewangan perlu bertanggungjawab sekiranya isu tersebut timbul akibat kecuaian bank.
Beliau berkata BNM giat melakukan pemantauan terhadap isu tersebut yang kini menjadi tumpuan serta telah beberapa kali dibangkitkan dan dijawab dalam persidangan Dewan Rakyat sebelum ini.
"Sesiapa sahaja yang merasakan mereka dianiaya, mereka boleh melaporkan kepada pihak polis atau bank masing-masing kerana itu prosedur sedia ada. Sudah pasti kita (kerajaan) akan mengarahkan institusi kewangan untuk melihat sekiranya kecuaian itu berlaku di bawah pihak mereka, maka institusi kewangan perlu bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah mengesahkan tiada perubahan tarikh bagi pembentangan Belanjawan 2023 setakat ini dan ia kekal seperti dijadualkan dalam kalendar Parlimen pada 28 Oktober depan. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.