awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPO, DFP terus memupuk bakat muzik tempatan
Pertamina umum penemuan telaga minyak baharu di Sumatera
China siasat pembelian Manus oleh Meta bernilai AS$2 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pesawat Malaysia Airlines digantung operasi pada masa ini - MOT

Bernama
Bernama
20/11/2025
12:45 MYT
Tiada pesawat Malaysia Airlines digantung operasi pada masa ini - MOT
Hasbi berkata pesawat yang tidak beroperasi sebaliknya dalam proses penyelenggaraan berkala yang dilaksanakan mengikut keperluan keselamatan serta piawaian industri penerbangan. - Gambar fail/Malaysia Airlines
KUALA LUMPUR: Tiada pesawat Malaysia Airlines Bhd (MAB) yang digantung operasi akibat masalah teknikal ketika ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Ringkasan AI
  • Tiada pesawat Malaysia Airlines Bhd (MAB) yang digantung operasi akibat masalah teknikal pada masa ini, menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.
  • Malaysia Aviation Group (MAG) bertanggungjawab terhadap pembaikan dan penyelenggaraan pesawat sepenuhnya sebagai sebahagian daripada kos operasi, tanpa kos ditanggung oleh Kementerian Pengangkutan.
  • Sebanyak 4,113 jurutera pesawat berkelayakan telah diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), dengan 2,318 memegang lesen kategori B1, 879 memegang lesen kategori B2, 51 memegang kedua-dua lesen B1 dan B2, dan 865 memegang lesen kategori A.

Ketika menjelaskan perkara itu, beliau berkata pesawat yang tidak beroperasi sebaliknya dalam proses penyelenggaraan berkala yang dilaksanakan mengikut keperluan keselamatan serta piawaian industri penerbangan.
"Malaysia Aviation Group (MAG) merupakan sebuah entiti perniagaan yang beroperasi secara komersial yang mana segala keputusan berkaitan operasi, termasuk aspek penyelenggaraan dan pembaikan pesawat adalah keputusan korporat yang dibuat berdasarkan keperluan operasi syarikat.
"Oleh yang demikian, kos pembaikan dan penyelenggaraan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak MAG sebagai sebahagian daripada kos operasi dan pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak menanggung sebarang kos berkaitan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
MAG merupakan syarikat induk bagi Malaysia Airlines.
Beliau menjawab soalan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) mengenai jumlah pesawat syarikat penerbangan itu yang tidak beroperasi akibat kerosakan serta kos ditanggung oleh pihak kementerian.
Dalam pada itu, Hasbi berkata sebanyak 4,113 orang jurutera pesawat berkelayakan telah diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada masa ini.
Daripada jumlah itu, sebanyak 2,318 orang memegang lesen kategori B1 (mekanikal), 879 orang memegang lesen kategori B2 (avionik), 51 orang memegang kedua-dua lesen B1 dan B2 dan 865 orang memegang lesen kategori A (juruteknik).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Malaysia Aviation Group
#Malaysia Airlines
#masalah teknikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan