awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada petunjuk baharu kehilangan nelayan di perairan Sarawak

Bernama
Bernama
05/04/2023
07:25 MYT
Tiada petunjuk baharu kehilangan nelayan di perairan Sarawak
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Wong Pak Wei, 25, dilaporkan hilang kira-kira 6.30 petang Isnin lepas. - Gambar hiasan
KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) belum menemukan sebarang petunjuk baharu berkenaan kehilangan seorang nelayan tempatan selepas bot dinaikinya karam di laut berdekatan Tanjung Jerijih, kira-kira 477 kilometer (km) ke utara dari sini, Isnin lepas.
Pengarah APMM Zon Maritim Tanjung Manis, Gilbert Tinggak Numpang berkata mangsa yang dikenal pasti sebagai Wong Pak Wei, 25, dilaporkan hilang kira-kira 6.30 petang.
Beliau berkata Wong dikatakan menaiki bot itu bersama-sama lima kru lain yang terdiri daripada dua warga tempatan, dua rakyat Indonesia dan seorang lagi Myanmar.
"Pada kira-kira 12.40 tengah hari semalam (4 April), lima mangsa telah dijumpai selamat (oleh sebuah bot nelayan lain) pada jarak lebih kurang lapan batu nautika (14.82 km) dari pantai Belawai (yang berdekatan)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Gilbert APMM mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat sejurus menerima laporan itu dengan menubuhkan sebuah pangkalan hadapan carilamat (PHC) di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Belawai.
"Kawasan pencarian pada hari semalam meliputi seluas 20 batu nautika (37 km) dan 20.20 batu nautika (37.41 km) pada hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan hilang
#Sarawak
#Maritim Malaysia
#operasi sar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan