awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
28 kenderaan terlibat nahas di lebuh raya Jerman akibat tayar lori pecah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pihak boleh menidakkan kejayaan PN tadbir ekonomi - Hamzah

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
12/09/2023
05:35 MYT
Tiada pihak boleh menidakkan kejayaan PN tadbir ekonomi - Hamzah
Tiada pihak boleh menidakkan kebolehan dan kejayaan Perikatan Nasional (PN) dalam mentadbir Malaysia dan urusan ekonomi negara, kata Hamzah. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Tiada pihak boleh menidakkan kebolehan dan kejayaan Perikatan Nasional (PN) dalam mentadbir Malaysia dan urusan ekonomi negara.
Mengambil contoh pertumbuhan ekonomi negara pada 2022 pada kadar 8.7 peratus, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan pencapaian itu adalah yang terbaik dalam tempoh 20 tahun.
Tambah beliau, ia juga merupakan pencapaian terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara dan ia membuktikan kebolehan PN menguruskan ekonomi negara.
“Tapi ini fakta dan tetap fakta. Soalnya, jika kerangka ekonomi yang disandarkan kepada Dasar Kemakmuran Bersama itu blkeh mencapai kejayaan, mengapa dasar tersebut dihapuskan?
“Ini soalannya. Sebagai contoh, apabila rumah teguh dan kukuh yang kita telah bina, akan lahir perasan selamat dan seterusnya menerbitkan rasa kasih dan sayang.
“Begitulah juga dengan suara hati dan denyut nadi rakyat, mereka mahu kestabilan dan kemakmuran ekonomi berpanjangan,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Menurut Hamzah, beliau mengumpamakan Malaysia sebagai sebuah rumah yang sedang ingin dibina dan perlulah dibina rumah yang teguh demi masa depan rakyat.
“Biarlah rumah ini kekal walau apa bencana melanda,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainudin
#PN
#ekonomi malaysia
#Ketua Pembangkang
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan