awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada projek KPLB ditangguh walaupun berlaku kenaikan harga bahan mentah

Astro Awani
Astro Awani
07/06/2022
09:18 MYT
Tiada projek KPLB ditangguh walaupun berlaku kenaikan harga bahan mentah
Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) tetap melaksanakan semua projek infrastruktur dan perumahan di bawahnya walaupun berdepan kenaikan kos.
ALOR GAJAH: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) tetap melaksanakan semua projek infrastruktur dan perumahan di bawahnya walaupun berdepan kenaikan kos.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, tiada projek yang ditangguhkan setakat ini walaupun berlaku kenaikan kos bahan mentah.
"Sangat terkesan sebab bahan binaan menjadi semakin mahal akibat daripada COVID-19 dan pasca COVID-19 yang mana (sektor pembinaan) tidak banyak pekerja, kekurangan sana sini, jadi bahan pun naik dan ada yang terpaksa kita import barang-barang itu.
“Apa yang kita buat sekarang adalah tunggu Kementerian Kerja Raya bagi harga baharu dalam masa terdekat ini," kata Mahdzir.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Pemantapan Pengurusan KEMAS Daerah (SMART PKD) 2022 Peringkat Semenanjung di sini, hari ini.
Tambah Mahdzir, ada projek akan berjalan seperti ditetapkan dan yang perlu menunggu harga baharu kerana kos bahan mentah dijangka mengalami kenaikan sehingga mencecah 15 peratus.
Bagi projek yang telah diberikan kebenaran memulakan kerja termasuk Jalan Perhubungan Desa dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah KPLB, ia akan berjalan seperti ditetapkan.
Manakala bagi projek-projek lain, akan menunggu harga baharu yang akan disyorkan oleh Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan.
"Sekarang ini pun kalau nak buat rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), kos sebanyak RM56,000 itu sudah tidak mencukupi dan banyak kontraktor beritahu tidak boleh (bina) dengan harga serta meminta kementerian naikkan sikit (harga).
“Jadi ini yang kita sedang tunggu pelaporan penuh dan Insya-Allah kerajaan akan naikkan sikit. Apa pun kita tunggu keputusan daripada JKR (Jabatan Kerja Raya)," kata Mahdzir.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pembangunan Luar Bandar
#KPLB
#projek infrastruktur
#kenaikan kos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan