awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada projek pembangunan di kolam takungan banjir di Kuala Lumpur - Shahidan

Bernama
Bernama
22/02/2022
14:23 MYT
Tiada projek pembangunan di kolam takungan banjir di Kuala Lumpur - Shahidan
Shahidan berkata sebaliknya projek pembangunan hanya melibatkan di pinggiran dua kolam takungan banjir iaitu Kolam Wahyu dan Kolam Delima di Kepong. - Gambar fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tiada projek pembangunan komersial yang diluluskan atau diberi milik kepada pemaju melibatkan enam kolam takungan banjir di ibu negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata sebaliknya projek pembangunan hanya melibatkan di pinggiran dua kolam takungan banjir iaitu Kolam Wahyu dan Kolam Delima di Kepong, dan pembangunan itu masih tidak menjejaskan kedua-dua kolam terbabit.
"Tiada kolam takungan banjir yang diberi milik atau kelulusan bagi pembangunan sehingga menyebabkan kapasiti air yang ada itu berubah seperti dakwaan sebelum ini, tidak ada.
"Pembangunan yang ada hanya di Kolam Taman Wahyu dan Kolam Delima tapi hanya di pinggiran, bukan melibatkan kawasan air," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi taklimat status kolam takungan banjir bersama dengan ahli-ahli parlimen dari Kuala Lumpur di sini hari ini.
Shahidan berkata proses pemilikan tanah di pinggiran kedua-dua kolam takungan banjir terbabit di bawah kendalian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan terus kepada pemaju tanpa melibatkan pihak ketiga.
Sebelum ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dilaporkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan enam kolam takungan banjir ditukar status untuk projek pembangunan setelah beberapa Ahli Parlimen membuat laporan polis mengenai dakwaan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kolam takungan banjir
#Kuala Lumpur
#Shahidan Kassim
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan