JOHOR BAHRU: Kerajaan masih lagi mengekalkan subsidi minyak petrol dan diesel serta tidak bercadang memansuhkannya dalam masa terdekat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata setakat ini, pendirian kerajaan tetap dengan keputusan itu.
"... setakat ini, sikap kerajaan masih lagi mengekalkan subsidi minyak petrol dan diesel sehinggalah kerajaan membuat satu keputusan... kita mungkin laksanakan subsidi secara bersasar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) di Kipmall, Tampok di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai jangkaan pakar ekonomi berkaitan kemungkinan Kerajaan Perpaduan mengumumkan pemansuhan subsidi minyak petrol dan diesel dalam pembentangan Belanjawan 2023 sekali gus menggantikan ia dengan sistem bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Berkenaan ReDI, Ahli Parlimen Pulai itu berkata pihaknya merancang untuk melaksanakan lima program di lokasi tumpuan ramai seperti Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Sabah dan Sarawak.
"Sehingga 31 Dis tahun lepas, sebanyak 8,479 peniaga luar bandar telah beralih ke medium digital dan kini ia diperluaskan lagi di negeri Johor dengan menyasarkan keseluruhan 233 peniaga Kipmall dan 120 peniaga di Pasar Awam Perling," katanya.
Sebelum ini, program ReDI, yang mengurangkan kebergantungan terhadap wang tunai serta memberi manfaat kepada pengguna dan peniaga, berjaya dilaksanakan secara rintis antaranya di Putrajaya, Hulu Terengganu, Pulau Pangkor serta Labuan pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata setakat ini, pendirian kerajaan tetap dengan keputusan itu. - Foto BERNAMA
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
Nahas helikopter di Lumut tidak jejas operasi TLDM - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Panglima Tentera Laut ketika ini sedang menyusun atur segala keperluan bagi mengimbangi kekurangan yang berlaku terutama di Pangkalan Lumut dan Sepanggar.
Tiada rancangan mansuh subsidi minyak petrol, diesel setakat ini - Salahuddin
Kerajaan masih lagi mengekalkan subsidi minyak petrol dan diesel serta tidak bercadang memansuhkannya dalam masa terdekat.