MALAYSIA
Tiada rancangan penggabungan LHDN-JKDM - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan perkembangan tentang tadbir urus sistem percukaian negara ketika persidangan Dewan Rakyat. -Foto fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keputusan atau perancangan untuk melaksanakan Single Tax Agency (STA) buat masa ini menerusi penggabungan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Bagaimanapun tegasnya, kerajaan komited memperkukuh tadbir urus sistem percukaian negara agar lebih cekap, telus dan mesra pematuhan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.
Menurutnya, penekanan dibuat untuk mengurangkan ketirisan hasil melalui peningkatan kerjasama antara LHDN dan JKDM, khususnya dalam aspek perkongsian maklumat serta penguatkuasaan.
“Antara inisiatif terkini adalah pelaksanaan e-invoicing yang diterajui LHDN, namun data transaksi akan turut dikongsi bersama JKDM bagi meningkatkan keberkesanan pemantauan,” ujarnya.Selain itu, kedua-dua agensi berkenaan turut bekerjasama dalam operasi penguatkuasaan melibatkan penyeludupan rokok, seiring usaha membanteras aktiviti yang menjejaskan hasil negara.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian menerusi jawapan bertulis yang menjelaskan berhubung soalan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan merancang melaksanakan STA melalui penggabungan JKDM dan LHDN atau menyelaras sistem percukaian negara di bawah National Single Window (NSW).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami