awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lelaki maut, lapan cedera dalam kemalangan di Plaza Tol Bukit Kajang

Bernama
Bernama
27/09/2025
08:58 MYT
Bayi lelaki maut, lapan cedera dalam kemalangan di Plaza Tol Bukit Kajang
Mangsa ditemukan tersepit di bawah Nissan X-Trail dan berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia setahun maut manakala lapan yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, di sini, hari ini.

Ringkasan AI
  • Bayi lelaki berusia setahun maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, manakala lapan lagi cedera.
  • Mangsa ditemukan tersepit di bawah Nissan X-Trail dan berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia; seorang lelaki turut tersepit dan dihantar ke hospital.
  • Tujuh mangsa lain cedera telah dibawa ke hospital sebelum pasukan bomba tiba; operasi tamat sepenuhnya pada 11.40 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 11 pagi.
Beliau berkata sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dengan kekuatan tujuh anggota digegaskan ke lokasi.
"Setibanya di tempat kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan, sebuah kereta Nissan X-Trail, sebuah Honda City dan sebuah Proton X70.
"Bayi lelaki berkenaan ditemukan tersepit di bawah Nissan X-Trail dan berjaya dikeluarkan pada 11.30 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), manakala seorang lelaki juga tersepit di bawah kenderaan sama berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tujuh lagi mangsa yang cedera dengan identiti belum dikenal pasti telah dibawa ke hospital oleh pihak KKM sebelum pasukan bomba tiba dan operasi tamat sepenuhnya pada 11.40 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi maut
#kemalangan plaza tol
#Plaza Tol Bukit Kajang
#nahas empat kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami